Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Wednesday, 19 June 2013

Doa Dan Amalan Untuk Tambah Susu Ibu

Amalan yang betul penting untuk mengekalkan pengeluaran dan menambah susu ibu. Untuk pengetahuan semua, ini adalah tip dan amalan untuk menambah susu ibu yang wajib diingat :

1. Menyusu dengan kerap atau memerah susu dengan kerap. 


Sekurang-kurangnya 3 jam sekali atau mengikut rutin anak menyusu. Lebih kerap susu ibu diperah, lebih kerap susu baru akan terbentuk. Menjarakkan masa terlalu lama atau menunggu breast rasa penuh atau bengkak baru memerah boleh menyebabkan penurunan jumlah susu dan susu lebih cair bukan menambah susu ibu.

2. Minum air masak/ kosong 3 L sehari dan makan makanan yang berkhasiat dengan gembira.

Kesihatan dan emosi ibu boleh menambah atau mengurangkan susu ibu.

3. Zikir dan doa kepada Allah bagi yang beragama Islam.

Setiap usaha dan amalan tidak akan berhasil tanpa izinNya jadi perbaiki amal ibadat dan mohon dari Allah yang berkuasa supaya menambah susu ibu.


Doa dan zikir untuk menambah susu ibu.

Doa

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. 

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku 

Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.




Zikir

Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & dibuat minuman.


Alhamdulillah aku masih menyusu Rania sehingga skrg... Semoga dipermudahkan perjalanan aku untuk menyusui Rania sampai umur dia 2 tahun,, In Shaa Allah....

Monday, 22 April 2013

Say Never to Bottle Feeding

Rania dh nk masuk 5 bulan...(yeayyy..kejap je kan..masuk 6 bulan,ibu dh boleh bg Rania makan solid food..ibu excited sgt2 tau) ... Rania mmg x mo hisap EBM ngan botol..aku x tau salah kt mana.. nk kata aku x ajar, aku ajar dia seawal usia dia sebulan...tp aku x  la bg tetiap hari..selang2 jugak la... pas abeh pantang, seminggu tu Rania isap EBM aku ngan botol elok jer..ms neh aku guna botol tommee tippee..lega hati aku tgk dia mau hisap botol...Lepas seminggu, dia wat perangai...dia x mo lansung isap botol..menanges meraung bagai nk rak la org kata...mcm aku duk dera dia plak.. aku cuba kentalkan hati aku,bg jugak botol kat dia..tp aku tewas..x smpi hati la tgk dia menanges...FYI, ms aku cuti bersalin selama 3 bulan tuh, kt umah waktu siang ada aku ngan Rania jer..ayah aku ada,tp kul 12 br dia balik la dr keja..adik aku plak, tidoooo... tgh hari la br nk bgn..tu pon jenuh kena kejut...kan org ckp,kalo nk ajar anak hisap botol, x ley ibu nyer yg bg..sbb mmg dia akan tolak mentah2..kena org laen yg bg.. dh tuh, sp pon xder,aku la yg ajar dia..tp nmpk nyer aku gagal.. kdg2 Rania isap EBM aku elok je ngan botol..kdg2 dia x mo..tabah la hati aku dgr dia menanges meraung2..aku ada la terbaca,menangis berlebihan boleh merosakkan otak kanak2..

dia boley bior je susu kuar meleleh
tgk....boley je pon dia isap..tu pon lepas beberapa kali cubaan
ms neh,supposed aku p amek final exam..tp aku mc sbb Rania xmo isap botol..mmg la 3 jam je jwb exam tuh..but still hati aku x tenang kot duk pk anak x mo isap botol.. tp mood dia baik plak isap abeh EBM aku..
btul2 membuli ibu neh!!!
lepas Rania masuk 2 bulan, ibu try beli botol pigeon yg puting jenis Pigeon Peristaltic Plus..ms neh p penang.. dengan harapan Rania mau la hisap..sbb aku baca byk review psl botol pigeon neh... Tawakkal la ibu beli.. first trial, Alhamdulillah Rania isap botol tu...suka nyer hati ibu...x terkata la..semangat ibu pam2 susu, then bg Rania..suka2..masuk ari isnin, dia wt perangai plak dah..dia x mau plak botol tu..menanges meraung lagi sekali.. berdrama la ngan ibu..smpi penah satu tahap,aku sndr pon nanges... smpi stress aku dibuatnya.. terukkan aku..  masuk ari kamis, dh ptg sket la dlm kul 2 camtuh..Rania isap EBM ngan botol tu balik...tp tu pon berdrama jugak la memula tuh...


see...boley je dia isap kanm...anak oo anak...
abeh 3oz dia isap tau..tu kekenyangan la tu
 kira hari2 aku berdrama ngan Rania nk ajar dia isap botol.. mcm2 petua org bagi.. suh buh madu la.. aku dh letak madu, memula elok je dia isap..lama2 dia x mau dah.. FYI, dh 3 org tolong buat ubat utk anak aku nih nk bg dia mau isap botol..sbb ibu dh x berdaya laei dah...hari2 smbil nyot2 kan dia,ibu ckp elok2 ngan dia..ibu kena pegi keja,Rania kena la isap susu ibu ngan botol..kdg2 dia gelak2,sengih2 je bila aku ckp psl botol..paham je budak kecik neh.. so far botol neh mmg Rania isap lama jugak la..means dia serasi la ngan botol neh...

tiba hari nk anta ke umah bs, Rania wt perangai xmo botol... ok fine..lunch time aku kena p umah bs utk nyot2kan Rania..

xper la Rania..ibu redha..itu kan rezeki Allah utk Rania.. FYI, bukan aku x mo ajar Rania dr awal..aku xnak dia kompius puting..wisau kalo dia refuse nk direct bf bila dia dh selesa ngan puting palsu tuh..lg satu, bila nk kuar jenjalan,xde la aku nk pening2 nk bwk botol susu bagai..time dia nk nyot2 jer, cari port then selak jer..kan ke senang tuh..xyah susah2 nk panaskan EBM ke apa..so skrg nih,aku kena wt collection baju yg ada butang @ zip kat depan utk memudahkan utk nyot2kan Rania..








Tuesday, 4 September 2012

Doa buat anak dalam kandungan

Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku, Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit, Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat, Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh. Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A.W

Tuesday, 13 December 2011

PESANAN buat anak perempuan bakal berkahwin

Anakku..

Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan.

Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.

Itulah suamimu.

Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.

Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan tiangmu.Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya, nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.

Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya dengan cara yang demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.

Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau.Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu, maka yang eloknya jauhkanlah dirimu dari padanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya. Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripada mu melainkan yang harum,janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik, belaka.

[Pesanan Imam Al-Ghazali kepada anak perempuannya di hari perkahwinannya]

tetibe mcm sebak jer bila baca pesanan Imam Al-Ghazali nih..touching dowhhh....

Saturday, 7 May 2011

doakan kejayaan aku utk mengadap final exam yer

Ya Allah,
berikanlah aku kesempatan waktu untuk memohon dari Mu..
Anugerahkan aku kejayaan dalam peperiksaan akhir ini..
Anugerahkan kejayaan kepada semua teman2 ku...
Jangan ada antara kami yg sedihnya sendirian dan jangan kepadaku,
Andai tertulis di Luhmahfuz akan kegagalanku
maka ubahlah menjadi kejayaan..

Engkau Yang Maha Agung,
Mudahan A untuk semua subjek milik kami...
Amin..

Mintak maaf segala yang berlaku,
saya hanya insan yang x jauh dr melakukan kesilapan.
Tak berniat mengguriskan hati..
Maafkan segalanya...

Monday, 25 April 2011

exam dh makin hampir...aku takoottt

dh cenggini rupenyer aku...eh,bukan aku la...kire lebey kurang la...stress bangat..np yg stress sgt ek?? maybe sbb aku x nk pointer aku sem nih jatuh kot.. aduyyaaiii...
xper2..ape2 pown jgn ko putus asa ok dila...!!


Apabila menghadapi sebarang masalah , mohonlah pada Allah swt. keringanan dengan membaca doa berikut :

اللَّÙ‡ُÙ…َّ لا سَهلَ Ø¥ِلاَّ Ù…َا جَعَÙ„ْتَÙ‡ُ سَÙ‡ْلاً ، Ùˆَ Ø£َÙ†ْتَ تَجْعَÙ„ُ الْØ­ُزْÙ†َ Ø¥ِذَا Ø´ِئْتَ سَÙ‡ْلاً
Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla wa anta taj'alul hAzna iza syi'ta sahla

Maksudnya : “ Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya” .

nk share video dr Heliza Hilmi


Sunday, 27 March 2011

mission complete by ePJJ D'Unite 2011

Alhamdulillah...misi kami student ePJJ D'unite 2011 telah pun berjaya...hasil kutipan yg kami perolehi melalui charity work kami which is cuci keta yg kami jalankan awl bulan ari tuh.. berkat usaha kami,kami berjaya mengumpul sebanyak rm1k utk disalurkan kpd puan Salmah..

mendengar cerita kisah kehidupan puan Salmah sedikit sebanyak mengisafkan dan menyedarkan kami semua..walaupun hidup puan salmah sekeluarga sederhana,namun puan salmah ttp mempositifkan dirinya utk meneruskan kehidupan..mengidap penyakit darah tinggi dan kencing manis,namun beliau ttp tabah mengharungi kehidupan bersama 5 org anaknya.. ditinggalkan tergantung tak bertali oleh suaminya..

Ya Allah...jdkan aku hamba Mu yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yg Kau berikan pd ku..


pose dlu with makcik fasha

kena park keta kat luar..

kena berjalan masuk ke dlm sbb laluan sempit

pose ttp wajib ok

hehehhe..nsb baik la x patah tiang umah makcik nih

fasha,aku,su & anis

yg speaky tuh lecturer kitorg..ngah kusyuk dgr cerita makcik nih..cik nik,full mark kan??

kami pun kyusuk jugak mendengarnyer

moh ler bergambar beramai2

inilah kami

Dan (amatlah baiknya) klu mereka berpuas hati dengan apa yg diberikan Allah dan RasulNya kpd mereka, sambil mereka brkata: CUKUPLAH ALLAH bagi kami, Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya, sesungguhnya kami sentiasa berharap pd Allah. [Surah at-Taubah:59]

Wednesday, 23 February 2011

doa ku pd Nya


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,

“Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu

diciptakan

dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di

bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia

akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok.

Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.


Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku
pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu

Monday, 31 January 2011

kebahagiaan di atas kekecewaan org lain


bertahankah sesuatu kebahagiaan kita sekiranya kita bergembira dan berbahagia di atas penderitaan,kekecewaan org lain yg disebabkan oleh kita???

sesungguhnya aku tidak mahu perkara sebegini berlaku.....

sesungguhnya aku benar2 keliru dgn hati aku sendiri.....

Ya Allah,
aku pohon petunjuk dr Mu..
bantulah aku..
sesungguhnya hanya Engkau yg mengetahui segalanya...

Friday, 17 December 2010

ilmu utk dikongsi bersama ...

Assalamualaikum wbt.

Aurat Kaum Wanita

1.Bulu kening
Menurut Bukhari "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening)" (Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

2.Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan " (An-Nur : 31)
a) Menampakkan kaki
b) Menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

3.Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina" (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4.Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka" (An-Nur : 31)

5.Gigi
"Rasullulah saw melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya" (Riwayat At-Thabrani)

"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

6.Muka dan leher
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu"
a) Bersolek (make-up)
b) Menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

7.Muka dan Tangan
"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah saw dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja" (Riwayat Muslim dan Bukhari)

8.Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

9.Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya" (An Nur : 31)

Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama, ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan" (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

10.Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik" (Al Ahzab : 32)

"Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi" (Riwayat Ibn Majah)

11.Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina)" (An Nur : 31)

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya, maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya" (Riwayat Al Bazzar)

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah" (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)

12.Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka iailah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

a) Berpakaian tipis / jarang
b) Berpakaian ketat / membentuk
c) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

"Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan loggar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang" (Al Ahzab : 59)

13.Rambut
"Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati suaminya, segala makhluk, burung yang terbang, ikan di laut, malaikat di langit, matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya"
_____________________________________________________________
Lukman Al-Hakim berkata :

Hai anakku! Apabila engkau berteman, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan daripadanya. Namun biarlah dia mengharapkan sesuatu daripadamu


Ya Allah..Kau kurniakan aku Hidayah dan Petunjuk Mu pd aku..semoga aku dpt perbaiki segala kelemahan yg ada pd diriku agar menjadi hamba Mu yg akur pd perintah Mu

Monday, 6 December 2010

esok dh masuk tahun baru


salam Maal Hijrah diucapkan kepada semua in advance...
ape azam tahun baru yer??
aku xde nk azam ape2..
just aku mengharapkan satu Hidayah dan Petunjuk dr Nya..
berubah ke arah yg akan mendekatkan aku pd Nya
InsyaAllah..

Hari ini merupakan hari terakhir (29 Zdul-Hijjah) pada tahun 1431 Hijrah. Esok dah mula masuk tahun baru bersamaan 1 Muharram 1432 Hijrah. Jom sama-sama mulakan semua yang baru, tinggalkan semua perkara-perkara buruk dan tambahkan amalan-amalan.

Amalan-amalan sunat pada bulan Muharam:

  1. Doa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zdul-Hijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  2. Doa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
  3. Puasa

Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.

Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

Amalan sunat hari Asyura (10 Muharram):

  1. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
  2. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

  3. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  4. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  5. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
  6. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

  7. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  8. Puasa. Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
  9. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

Peristiwa Penting di bulan Muharram

  • 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
  • 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan ‘Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Doa akhir tahun:

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

doa akhir thn Amalan Sunat dan Doa Awal Muaharram

Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa awal tahun:

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: “Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

doa awal thn Amalan Sunat dan Doa Awal Muaharram

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

sumber:http://networkedblogs.com/btxUV

Monday, 15 November 2010

doa melupakan kekasih lama

hurmmm...mmg aku akui yg aku sgt2 sukar nk melupakan dia..x tau la nape..aku dh cube..aku cuba utk x ingat semue kenangan..tp ... ntah la... aku tau ramai yg akan mengata aku nih lemah la.itu la..ini la..terpulang la..aku x kesah...aku terima je apa yg krg nk kata kat aku.. even 9 month je bersama,tp byk kenangan bersama...xper la..sila abaikan bebelan aku nih..

aku terjumpa satu post psl kisah mengatasi kekecewaan nih..

"CINTA SEJATI..itu la yg korg semaikan di dalam hati korg utk si dia..tetapi..kite hanya merancang.ALLAH jua yg menentukan segalanya..jgn terlalu cepat berputus asa dan menutup pintu hati korg utk sesiapa lg..sbb kat luar sane masih ramai yg akan menghargai korg..cume masenye uk pertemuan 'kamu dan dia' masih belum kesampaian..jadi bersabarlah dan hadapi sume ini dgn tabah..sesugguhnya jika benar dia adalah jodoh korg..pasti x kemana..yg penting skang korg perlu lupekan die demi kebahagiaan die dan dri korg sndri..cinta itu x boleh dipaksa..."

Korg mungkin dah berusaha..tp usaha yg disertakan doa lebih mujarab..bak kate cikgu2 time kiter skool dlu..mesti ada D.U.I.T(doa,usaha,ikhtiar dan tawakal)..skang korg cume perlu ikut panduan pade gambar yg terdapat pada note ni..dan amalkan setiap 3 kali bacaan selepas solat subuh n maghrib..

"Jika benar kamu sygkan dia..maka lepaskannya..jika dia kembali padamu..maka dia adalah milikmu..jika tidak..dia bukan milikmu..♥"

Monday, 7 June 2010

doa ketika jatuh cinta

Allahu Rabbi,

aku minta izin

Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta

Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang

Hingga membuat lalai akan adanya engkau

Allahu Rabbi,

aku punya pinta

Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta

Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas

Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi,

izinkanlah

Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta

Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu

Dan membuatku semakin mengagumimu

Allahu Rabbi,

Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta

Pertemukanlah kami

Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi,

pintaku yang terakhir

Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta

Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku

Anugerahkanlah aku cinta-Mu

Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu

Amiiinnn.......

Friday, 9 October 2009

redha & ikhlas

mcm mana kita nk jd hamba Allah yg redha
& ikhlas terima ketentuan Nya?
tanpa merungut,
tanpa mengeluh,
mungkinkah aku x ikhlas menerimanya
disbbkan itulah ia memberi kesan yg perit
dlm hidupku..
Ya Allah,
jdkanlah aku hamba yg redha & Ikhlas
menerima semua dugaan,ujian
& ketentuan Mu pd ku..

Sunday, 14 June 2009

Jika Aku Jatuh Hati


...Bismillahirrahmaanirrahim...


Ya Allah

jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu


Ya Allah,

jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...


Ya Rabbana ,

jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....


Ya Rabbul Izzati ,

jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....


Ya Allah ,

jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah ,


jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....


Ya Allah ,


jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...




....Amin.....

Thursday, 30 April 2009

Bad mooD

Awl2 laei bad mood melanda..ngee~~ maybe sbb arinih x ym ngan Mr Shrek kot..hahaha...

Just heal it la..sbr dila..byk2 bersabar..Tuhan sentiasa bersama ngan org yg bersabar dan teraniaya.. but then tetibe aku teringat...janji2 yg pernah di ucapkan..so sweet..make a girl feels like live in heaven la dat time..kire senang kata,cakap x serupa bikin la.. hahahha..what ever..i dont mind at all..dendam??perlu ke aku nk berdendam??hahah.perlu kot...tp x per la..kita akan tahu bertapa bijak nya hidup nih..penuh dgn warna warni..tawa,duka..akhir sekali kita ttp kembali kepada Pencipta kita...

semlm aku pi tgk baby one of my collegue at office..ADAM IQBAL nama nyer...muka sebijik mcm bapak nyer..ngee~~ congarate to zaharah and her hubby..nnt dpt baby girl letak nama HAWA plak ek...br la dikatakan CINTA ADAM DAN HAWA...


esok ialah cuti...ape plan ek??going for movie with my sista maybe...then boley la singgah umah nenek sedara aku..sibuk bertanye psl aku dr dlu laei..mak ckp berbunge2 je soklan yg ditanya psl aku..musykil aku..dlu mak pnh gitau,nenek sedara aku tanye psl aku..dh ade kwn ke x.. by that time mmg ader la..nenek sedara aku nk kenenkan aku ngan anak sedara dia yg muka mcm Fahrin Ahmad...ngee~~ lawak plak bila pk2 balik kan..tp Tuhan punya kuasa..Dia tau apa yang terbaik utk hamba Nya.. aku berdoa pd Tuhan,agar dipertemukan jodoh yang baik utk aku..yang dpt membimbing aku ke jalan Mu..

YA ALLAH,
Berikanlah cinta Mu kepadaku,
jadikanlah orang yang
mencintai Mu , mencintai aku..
Dan jadikanlah aku mencintai segala
sesuatu yang membawa kepada
kecintaan Mu...