Tuesday, 13 December 2011

PESANAN buat anak perempuan bakal berkahwin

Anakku..

Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan.

Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.

Itulah suamimu.

Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.

Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan tiangmu.Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya, nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.

Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya dengan cara yang demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.

Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau.Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu, maka yang eloknya jauhkanlah dirimu dari padanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya. Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripada mu melainkan yang harum,janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik, belaka.

[Pesanan Imam Al-Ghazali kepada anak perempuannya di hari perkahwinannya]

tetibe mcm sebak jer bila baca pesanan Imam Al-Ghazali nih..touching dowhhh....

No comments: