Showing posts with label rahsia. Show all posts
Showing posts with label rahsia. Show all posts

Monday, 6 May 2013

Marilah Mari Pergi Mengundi

PRU kali nih, adalah PRU kali ke 2 aku mengundi... teruja la jugak nk p mengundi neh.. memula plan tuh nk bwk Rania p sama..so dat x yah beratuq panjang2 kan.. skali che ta ckp xyah bawak..dia nk jaga.. so awal2 pagi tu, che ta dh sesiap semua, dia kua p ngundi dlu ngan che det..

around kul 11,br aku gerak p tmpt mengundi.. aku mengundi kat sekolah rendah aku..Sekolah Tengku Budriah.. Dun Pauh,Parlimen Arau.. so far tahun neh, aku xde plak bratur panjang..smpi je kat sekolah,trus p kt khemar SPR, cek nama..then trus ke tmpt buang undi..x smpi 5 minit pon.. the best part is,xde huru hara laei dh kt tmpt mengundi..

3 speaky sistass p mengundi

dh lama x pose dlm keta..hahaha...shawl dr serindit closet
dh berkali2 aku cuci dakwat neh,x kuar2 jugek,,,
sempena mengundi neh,anak2 perlis yg kat luar balik mengundi... one of them is my bff..linda.. dpn umah aku jer.. dia dtg lepak umah sbb nk main2 ngan Rania... 

tgk muka nakal Rania tuh... tarik rambot abg adeeb
see, abg adeeb kena buli lg
 sorg lagi kwn aku balik jugak... dia x tgk Rania laei since Rania lahir... Rajiah a.k.a jie... dia ngah peknen skrg neh,,x plak amek pic ngan dia..huhuhu....

ni hannah..anak jie..prektis nk jadi kakak neh


semlm tido dkt pkul 1 pg jugak la...tunggu keputusan..hahhahaha...mengharapkan Isnin cuti,... tp hampa.... huhu

Tuesday, 1 September 2009

30 things about me

1. Bekas kekasih saya adalah
:seorang lelaki..relevan x??

2. Saya sedang mendengar
:Stay by Estrella

3. Mungkin saya patut
:makan byk sket utk menaikkan berat badan saya skrg nih..hahaha

4. Saya suka
:budak2..geram nyer tgk...

5.Sahabat-sahabat baik saya
:THE GEWDIXS..dan sesape yg rasa saya nih sahabat baik mereka...

6.Saya tak paham
:nape ada orang nk dengki ngan saya..

7.Saya kehilangan
:duit saya di internet...(online shopping) hahahah

8.Ramai yang berkata
:ko nih patut dah kawen dila..tunggu apa laei...(wahh,,begitu senang mereka berkata2 kan)

9.Makna nama saya
:nurdalila- cahaya petunjuk..(ape yg aku tunjuk pun aku tak tau) hahhah

10.Cinta itu adalah
:Tuhan memberikan kita dua kaki utk berjalan,dua tangan utk memegang,dua telinga utk mendengar & dua mata utk melihat.Tp mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati utk kita?kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pd seseorg utk kita mencarinya...itulah cinta...

11.Di suatu tempat, seseorang sedang
:rindukan saya kot...hahahah

12.Saya akan cuba
:menjadi yang terbaik utk seseorg..(wahhhh..poyo x ayat?)

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud
:selagi x jumpa penghujung.....ye kot..

14.Telefon bimbit saya
:selalu hang..nyesal pakai sony erricson...nak tukar yg baru tp xde duet laei la..

15.Bila saya terjaga dari tidur
:saya trus tgk hp sy...nk tutup alarm...hahaha

16.Saya paling meluat apabila
:seseorg di dpn sy bukan main laei baik,tp diblkg sy,dia kutuk2 saya..huh..

17.Pesta/Parti adalah
:pesta pulau pinang..1st time sy pi 2 thn lepas...parti plak..ntah..sy x suka parti2 nih...

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
:3 ekor turtle dlm keta sy...hahahah

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah
:ms kecik2..sonok gile time tuh...nk ape semua dpt...huhuhu..

20.Hari ini
:saya sgt happy with one confession from someone...ngee~~

21.Malam ini saya akan
:pergi terawikh..InsyaAllah..

22.Esok pula saya akan
:dtg keja mcm biasa dan tgk kerja yg melambak2 atas meja nih...

23.Saya betul-betul inginkan
:satu relationship yg direstui oleh family dan diberkati Allah..dan berbekekalan hingga akhir hayat..

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini
:bile la nk kurang parut jerawat aku nih???

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan
:ermmm....suka pi Queensbay Mall+Time Square+Mid Valley...

26.Makanan Barat atau Jepun
:antara dua nih aku laei suka barat la..Chicken Chop..nyum2..

27.Bilik yang terang atau gelap
:x mau terang sgt,x mau gelap sgt la...

28.Makanan segera adalah
:Mc Donald...(tetibe teringat double cheese burger)

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
:"thanks temankan owg semlm..."

30.Siapa yang anda nak Tag?
:x yag la Tag sesape...boley x??

Thursday, 16 July 2009

hikmah di sebalik segalanya~~


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.


Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.

Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan.

Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Tuesday, 23 June 2009

Discover Secret Of Birthdate


You were born on 1st of July 1984.

:: Cheerful. (yeah,that's me)
:: Creative, social, friendly, romantic and easy going. (so true...)
:: Like to begin something but not eager to finish it.(ermm..may be)
:: Like to make others happy; will do anything to achieve it. (yes,i am)
:: Popular and Idealistics. (popular kah aku??)
:: Need to learn looking things in realistic manner. (yeah..maybe)
Famous people that share your personalities : Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster.

Dicsover Girls Reality Through Birth Date



Nurdalila Mahadzir never give up??but i've told my self to give up on that..camne nih??

Nurdalila have Discover Girls Reality Through Birth Date!
You were born on 1 July 1984, Sunday.
POSITIVE : Good in keeping secrets, hardworking and never give up.
NEGATIVE : Tend to own fabulous thing and show off. Always look down to others, cocky. Won't listen to others advice but easily been cheated. Love to criticize, but can't accept critism. Not transparent in love but willing to sacrifice for her loved one. Extravagant. High in sensual over sexual

Wednesday, 22 April 2009

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perperasaan.......

hurmmm.....kdg2 tul gak apa yg disebutkan kat bwh nih...tp ntah la..so lu pikir la sendiri..

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. (yeker??ader ke org sanggup mati sbb aku??)

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. (15 org??siapa ek???)

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. (yeker?)

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda. (i know dat already...coz i like to smile)

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur. (siapakah gerangan nyer??)

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang. (hurmm...hidup siapakah)

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia. (yer kot..dlu dia ckp gitu la..tp skrg dh x kot)

8. Anda seorang yang istimewa dan unik. (heheh...yer kot)

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda. (ingin ku tahu siapa org itu)

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya. (yups.. tul tuh..sbr dan berdoa pd Nya)

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka. (errmm...yeker??)

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya. (hurmm...ntah la)

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela. ( sp yg penah maki aku ek)

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya. (segan lerr)

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. (yes..definenitely true la...)