Wednesday 22 April 2009

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perperasaan.......

hurmmm.....kdg2 tul gak apa yg disebutkan kat bwh nih...tp ntah la..so lu pikir la sendiri..

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. (yeker??ader ke org sanggup mati sbb aku??)

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. (15 org??siapa ek???)

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. (yeker?)

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda. (i know dat already...coz i like to smile)

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur. (siapakah gerangan nyer??)

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang. (hurmm...hidup siapakah)

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia. (yer kot..dlu dia ckp gitu la..tp skrg dh x kot)

8. Anda seorang yang istimewa dan unik. (heheh...yer kot)

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda. (ingin ku tahu siapa org itu)

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya. (yups.. tul tuh..sbr dan berdoa pd Nya)

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka. (errmm...yeker??)

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya. (hurmm...ntah la)

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela. ( sp yg penah maki aku ek)

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya. (segan lerr)

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. (yes..definenitely true la...)

No comments: