Wednesday, 19 June 2013

Doa Dan Amalan Untuk Tambah Susu Ibu

Amalan yang betul penting untuk mengekalkan pengeluaran dan menambah susu ibu. Untuk pengetahuan semua, ini adalah tip dan amalan untuk menambah susu ibu yang wajib diingat :

1. Menyusu dengan kerap atau memerah susu dengan kerap. 


Sekurang-kurangnya 3 jam sekali atau mengikut rutin anak menyusu. Lebih kerap susu ibu diperah, lebih kerap susu baru akan terbentuk. Menjarakkan masa terlalu lama atau menunggu breast rasa penuh atau bengkak baru memerah boleh menyebabkan penurunan jumlah susu dan susu lebih cair bukan menambah susu ibu.

2. Minum air masak/ kosong 3 L sehari dan makan makanan yang berkhasiat dengan gembira.

Kesihatan dan emosi ibu boleh menambah atau mengurangkan susu ibu.

3. Zikir dan doa kepada Allah bagi yang beragama Islam.

Setiap usaha dan amalan tidak akan berhasil tanpa izinNya jadi perbaiki amal ibadat dan mohon dari Allah yang berkuasa supaya menambah susu ibu.


Doa dan zikir untuk menambah susu ibu.

Doa

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. 

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku 

Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.




Zikir

Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & dibuat minuman.


Alhamdulillah aku masih menyusu Rania sehingga skrg... Semoga dipermudahkan perjalanan aku untuk menyusui Rania sampai umur dia 2 tahun,, In Shaa Allah....

No comments: