Wednesday 22 December 2010

Langkah Bendul - jatuhkah maruah kakak?

Apabila adik mendahului perkahwinannya dari Kakak , ia digelar Langkah Bendul.Benarkah apabilaberlaku Langkah Bendul ini dengan sendirinya martabat Kakak jatuh kerana dianggap tidak laku atau tiada yang berkenan dengannya ? Sesetengah pihak mengambil berat tentangnya malah dianggap sebagai salah satu pantang larang kononnya apabila adik berkahwin dulu, Kakak akan sukar mendapatjodoh secara tidak langsung ia merupakan penghinaan kepada si Kakak.Mungkin juga ia membawaperbalahan dan masam muka antara adik beradik.Tetapi ada juga yang tidak kisah mengenai hal tersebut.

Memberi hadiah atau persalinan kepada Kakak yang dilangkah bendul itu merupakan amalan tradisi yang diamalkan oleh kebanyakan orang tetapi ada juga beranggapan ianya sudah tidak sesuai di zaman ini.Perbuatan ini bukan menyusahkan malah membebankan pengantin lelaki.Dalam Islam tidak ada peraturan siapakah yang harus berumahtangga dulu samada adik atau kakak apabila sudah sampai jodoh.

Islam mengajarkan kasih sayang, toleransi dan menggalakkan umatnya menjaga perasaan sesama insan.Perlulah ada tolak ansur antara adik dan kakak malah sebaiknya si adik meminta keizinan dari Kakakterlebih dahulu.

Sabda Rasulullah:"Apa-apa yang dipandang oleh orang-orang Islam sebagai sesuatu amalan yang elok,maka ia adalah elok di sisi Allah, dan apa-apa yang dipandang oleh orang-orang Islam sebagai sesuatuamalan yang keji, maka ia adalah keji disisi Allah " .

( Hadith ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad dari Ibnu Mas’ud )

Islam tidak menggalakkan adat Melangkah Bendul ini dikenakan syarat-syarat yang ketat seperti memberi hadiah atau persalinan serba satu sepertimana yang si adik terima.Kakak haruslah memahami dan merestui niat suci adik dan bukannya mengambil kesempatan.Islam menekankan hidup harmoni dan rukun damai dalam sesebuah keluarga dengan tidak menyinggung perasaan sesama sendiri.Si adik harus bersyukur kerana telah mendapat jodoh dan janganlah hingga membawa kepada bermegah diri.

Adat ini digalakkan asal tidak bercanggah dalam Islam sehingga membawa kesusahan pada Pengantin lelaki tetapi terpulanglah kepada individu itu sendiri kerana Islam itu menyenangkan.

ape la dila duk meroyan plak psl langkah bendul nih??mana ada zaman skrg org wat umah pakai bendul..pakai tiles dh skrg nih..white horse gitu..hahaah..ckp je nk corak cam mana..semua ada ok..sila kunjungi whote horse terdekat anda (white horse,sila bayar royalty kat aku)...

motif aku duk cite psl menda nih ialah ADIK AKU NK KAWEN TAHUN DPN!!!! aku happy bila akhirnya adik aku ngan bf dia yg dh lama berchenta,dh berpuluh kali putus,berpuluh kali smbung,smpi aku pun penat ngan diorg nih.. hahaha.. tp br planning la..bulan 5 thn dpn nk bertunang..mybe knduri ialah ujung thn dpn..

so,aku kena siap sedia la utk kuatkah hati aku..kuatkan mental aku utk mengharungi segala kemungkinan yg akan berlaku..hahah..dh comfirm2 cik bedah,cik peah,cik melah (aku main bantai je nama2 ni) akan memulakan perbahasan mereka.. hahaha.. mn x nyer,aku kan anak sulung..tetibe adik plak kawen dlu kan..dh tu nk wat camne,dh jodoh dia smpi dlu.. haishh..x kn nk menidakkan takdir Allah kan??

betul ke kakak ley mntk bhgn dia??ape aku nk mntk ek lau tul2 diorg nih jadi?? dlu aku penah melawak ngan diorg,aku nk mntk sport rim utk baby aku.. hahaha... tp kali nih nk mintak DSLR la..(mode: mata bling2) ... hahahaha...

p/s: jauh di sudut hati,aku sedey sbnr nyer..xper la.. ttpkanlah mengukir senyuman dila..

1 comment:

~ yus ~ said...

helo cend@lil@.. hehehe.. tentang langkah bendul.. bg saya takde yang salahnya.. itu sumer adat saje.. mungkin jodoh adik tiba dulu.. thats ok what.. gembirala utk adik ek.. kalo susah nak gembira dgn ikhlas, berpura2 gembira. nnt lama2 ikhlas tu datang.. heheheh.. jom baca ksiah langkah bendul saya lak nak? heheheh..

Langkah Bendul