Wednesday 28 May 2014

Hati Seorang Perempuan


"Jagalah hati seorang perempuan. Tidak kiralah dia itu sekental pepejal atau sekeras batu-batan. Hatinya tetap lembut bak tisu menyerap kelembapan. Dia nampak kental akan pendirian, teguh keyakinan dan bersemangat penuh dengan kegigihan. Tapi, dia tetap perempuan yang bersifat lemah dan lembut."

"Berkata-katalah pada mereka, akan perkataan yang lembut dan sopan. Kerana mereka mudah terasa dan terkilan. Tersilap kata membawa dendam dan ingatan, sepanjang hidup sampailah masa dia dikapankan. Dendam bawa mati, dosa bawa musibah, dosa disoal nanti, diri membawa padah."

"Katalah pada mereka kata-kata yang baik, mereka akan menerima perlahan-lahan. Jangan memaksa, jangan menekan, mereka akan mudah tertekan. Keputusan yang dibuat bakal mengikut berasaan tanpa menggunakan akal fikiran."

"Berkatalah selembut-lembutnya, kerana hati mereka lembut bak sutera. Cantik dipakai tapi susah dijaga."

"Jagalah sepenuh hati... insyallah selamat hatinya."


10 Rahsia Tentang Hati Wanita

1. SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak menentu, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali

3. HALUS : ibarat sehelai sutera,cantik, mulus, lembut dan mudah tercabik dan koyak .Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pelajaran; Bukan DENDAM .

4. IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .

5. KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak, dan suami .WANITA amat tabah ..

6. PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam ..

7. MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA tetap seorang WANITA, suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum ...

8. EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bertemu dengan yang dicintainya .

9. CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.... bukan di khianati..

10. SEKS : seks bukanlah segala- galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1akal; NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja; LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu, fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan wanita. SUBHANALLAH .

Allah menciptakan kaum kita dengan hati yang dihiasi dengan kelembutan.
Hati yang diselaputi dengan kesabaran.
Hati yang tahan untuk disakiti.
Hati yang belajar erti taat dan setia.

Dengan kelembutan hati wanita lah yang dapat mententeramkan jiwa lelaki
yang dipanggil suami
Dengan kesabaran hati wanitalah yang dapat mendidik anak-anak hingga dewasa
Dengan hati wanita lah yang dapat menahan segala karenah anak dan suami walau disakiti
Dengan hati inilah wanita mencurahkan segala kasih sayang dan kesetiaan yang tidak
berbelah bagi kepada seorang suami.

Muslimah sekalian,
Sedarkah kita secara fitrahnya Allah 
menciptakan kita dengan hati yang kuat.
Terkadang emosi kita yang lebih 
menguasai hati membuatkan kita lupa
betapa tabah dan kuatnya hati ini.
Betapa cantik dan indahnya Allah ciptakan 
wanita itu dengan kelembutan
dan kekuatan yang ada pada kita.
Bertambah cantik lagi seorang wanita 
yang menghiasi emosi dan hatinya
dengan cinta kepada Illahi.

Wahai wanita,
Jika kita sedar betapa kuat Allah 
ciptakan kita,janganlah kita mudah
jatuh pada satu ujian yang diberiNya.
Emosi yang dianugerahkan Allah kepada kita 
adalah tanda betapa hati
wanita ini sangat peka.
Peka dengan kehendak dan hati sang suami dan anak-anak.
Bukan tanda kelemahan tetapi sebagai 
pelengkap dalam rumahtangga.

Jika kita jatuh hari ini,bangunlah.
Jangan pernah dikesalkan.
kerana
Hari ini mengajar kita tentang hari esok.
Agar pengalaman hari ini membuat kita lebih bersedia dan lebih
mengingatiNya pada perjalanan kita yang seterusnya.

Insyaallah.

Wallahualam
nukilan : akubelogislam


No comments: