Sunday, 21 October 2012

perkembangan bay dalam kandungan (minggu ke 36-40)


Minggu ke-36 - Ibu yang bekerja sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Sentiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau “varicose vein” dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus ibu. Ibu akan berasa perut begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.
(isteri ~ Bercuti dan enjoy your holiday with no work. Rest, rest and rest. Let job done by your husband)

Minggu ke-37 - Kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.
Minggu ke-38 - Ibu merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing terjadi.
(isteri ~ Rajin-rajinkan diri ke tandas dan kerapkan minum air kelapa) 

Minggu ke-39 - Saat hampir bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang mudah diambil.
(isteri ~ Boleh juga terus letakkan packing barang2 ibu dan bayi di dalam kereta)

Minggu ke-40 - Minggu terakhir dan ini adalah minggu yang ditunggu-tunggu. Ibu akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Ibu juga akan mulai rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian bakal ibu dan bapa kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi.
(isteri ~Bersabar dan ku doakan semuanya selamat. Amin…)

2 comments:

Anis said...

semoga selamat semua....

cEnD@LiL@ said...

thanks anis =)