Thursday 14 April 2011

camne nk benti isap okok

korg mestilah tau kan slh satu punca kpd masalah kanser ialah MEROKOK..

Kajian yg dijalankan mendapati bahawa

1- 90% kanser paru-paru disebabkan amalan merokok

2- 95% pesakit kanser paru-paru ditemui maut dlm masa 5 tahun setelah dikesan

3- seseorg yg menghidu asap rokok org lain,juga menghidapi kanser paru-paru walaupun dia tidak merokok.

oleh sebab itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ng Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 37 yg bersidang pd 23 Mac 1995 bersetuju dan membuat keputusan bahawa :

Merokok adalah HARAM dr pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan.

Al-Quran : Dan janganlah kamu mencampakkan diri kami ke dalam kebinasaan
(Al-Baqarah:195)

Hadis: Tidak memudaratkan(org lain) dan tidak saling memudaratkan (antara satu sama lain)
(H.R AHMAD dan Ibni Majah)

Meh sini aku nk kongsi tips2 nk stop isap okok nih...

1. Selalu Berpuasa.

Amalan berpuasa dari pandangan islam ialah untuk mengawal nafsu dari melakukan maksiat. Apabila berpuasa, kita tidak dapat merokok sekurang-kurangnya 13 jam iaitu dari subuh hingga ke waktu maghrib. Walaupun masih berpeluang untuk merokok pada waktu malam, jika kita selalu berpuasa, kita tidak hanya dapat menghentikan tabiat merokok tetapi kita juga dapat beribadah ke jalan Allah. makanya,rajin2 la korg berpuasa yer..

2. Berikan hadiah kepada diri sendiri.

Tetapkan satu habuan yang harus korg pada diri sendiri kalo korg tidak merokok untuk jangka waktu tertentu. Gunakan duit yang sepatutnya korg guna untuk membeli rokok itu untuk beli habuan yang positif untuk diri anda sendiri. Ataupun sedekahkan sahaja duit tersebut. Tentu lumayan pahala yang bakal diperolehi nanti.

3. Luangkan masa terluang bersama anak & orang tersayang.

Seperti juga ibu bapa kita, tentu kita tidak mahu anak-anak kita merokok bila mereka dewasa kelak. Untuk mencapai matlamat ini kita haruslah menjadi contoh yang positif kepada mereka. Selalunya ibu bapa secara otomatik tidak akan merokok di hadapan anak mereka, terutama anak kecil. Tabiat meluangkan masa terluang dengan anak-anak ini secara tidak langsung dapat mengurangkan malah menghentikan tabiat merokok disambil mengeratkan hubungan kekeluargaan.

4. Aktif bersukan.

Individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka. Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah keseronokan dan motivasi diri.korang pun dpt jugak menambah kenalan kan...but make sure la kenalan korg tu bukan kaki perokok..

5. Sibukkan diri dengan kerja amal dan sukarela.

Kita selalu lupa dan tidak bersyukur betapa bertuahnya kita mempunyai kesihatan yang baik. Kita seharusnya mengambil iktibar dari mereka yang dijadikan tidak sempurna atau berpenyakit yang merbahaya. Sertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan kesihatan diri kita.

serba sedikit tips dan petua utk korang berhenti isap okok...

sayangi diri anda juga org yg menyayangi anda

No comments: