Aku  bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.  Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir  pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti  gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga,  memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah  seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk  membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,  Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali  pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita  tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi  itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak  mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang  telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak  yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak,  cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

No comments:
Post a Comment