Wednesday 21 October 2009

Bertemu dan Berpisah krn Allah

Pertemuan antara kita,
Tidak pernah dirancang,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar teman...


Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun, Tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan di hati ini,
Malah, Aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah persahabatan...


Perpisahan...
ternyata amat menyakitkan,
Sering kali mengundang air mata,
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama,
Bagaikan disentap pergi serta-merta,


Walaupun begitu,
Ingatlah, sahabatku........,
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,
Oleh itu, Terimalah dengan penuh keredhaan...
Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...


Insya-Allah!!!

sumber: www.iluvislam.com

p/s: tul la satu pertemuan itu pasti akan ada nya perpisahan..perpisahan suatu yg memeritkan utk diterima dek akal dan juga hati..kdg2 kita selalu menyalahkan takdir..mungkin kerana kita x sedar yg setiap kejadian ada hikmah di sebaliknya..Tuhan mahu menguji hamba Nya.. teruskan berdoa pd Nya..semoga kita menjd Hamba yg redha dan ikhlas menerima segala ketentuan Allah..begitulah yg aku alami..awal nya aku seperti x dpt nk terima kenyataan nih..namun akhirnya aku sedar segala yg terjd ada hikmah nya.cuma kita perlu yakin pd ketentuan Allah.. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hamba Nya..syukur pd Mu Ya Allah..

No comments: