Wednesday 2 September 2009

Hubungan Tanpa Status


Hts..singkatan ini mungkin tidak begitu popular lagi namun ianya bukanlah satu yang baru. Ramai yg sbnrnya pernah melalui pengalaman hts I ni iaitu hubungan tanpa status. Berkawan bagaikan org bercinta.mana2 pergi bersama dan saling mengambil berat antara satu sama lain.namun perhubungan x pernah jelas bercinta @ hanya teman tapi mesra.perlu diingtkan di mana2 status itu perlu termasuklah hubungan percintaan.Cuma mungkin ada yg mengabaikan perkara ini kerana merasakan sudah selesa antara satu sama lain biarpun tanpa sebarang penjelasan ttg hubungan yg terjalin.oleh itu,jika kamu sedang terjebak dlm hubungan tanpa status,bgmana kamu menghadapi nya?


Punca terjadinya hts
Terjadinya hts ini kerana ada pihak yg x berani bertanggungjwb ats tindakannnya,egois dan x mahu memenuhi keinginan pasangan.di smping itu,perbezaan pandangan serta keinginanantara perempuan & lelaki juga sering menjd tunggak perbezaan terutama sekali pandangan dlm melibatkan komitmen. Wanita memerlukan komitmen! Mereka merasakan bhw hubungan perlu dinyatakan secara verbal agar perempuan punya jaminan kuat sblm menyerahkan jiwa dan raganya kpd lelaki.sdgkan lelaki lebih focus pd tingkah laku perempuan dan bukti yg jelas menunjukkan diri nya benar2 dihargai.


Mengapa perempuan perlukan kepastian?
Antara perempuan & lelaki kebiasaannya perempuan akan lebih mendesak utk mendapatkan kepastian. Sdgkan lelaki lebih suka mengambil sikap bersahaja ataupun tunggu dan lihat shj. Namun perempuan tidak boleh disalahkan kalau mendesak keran mereka mempunyai jwpn yg tersendiri kenapa harus bersikap sedemikian.

Pertama,
Sememangnya status yg tergantung spt ini merugikan pihak perempuan.sudah pasti perempuan tidak mahu lelaki yg dicintainya tiba2 angkat kaki dgn alas an si dia telah menemui perempuan yg lebih sempurna.mahu menyalahkan si lelaki sudah tentunya tidak boleh kerana sememangnya hubungan yg terjalin tak pernah mempunyai sebarang komitmen. Perkara inilah yg menakutkan kpd semua perempuan.

Kedua.
Pandangan dan penilaian org juga menjadikan perempuan begitu runsing.misalnya apabila lelaki dkt dgn ramai perempuan,lelaki tersebut dianggap hebat serta popular sementara apabila perempuan rapat dgn ramai lelaki di anggap “piala bergilir” ataupun “perempuan murahab”.akhirnya kerana reaksi negative inilah membuatkan perempuan perlukan kepastian agar dia boleh mengelak dirinya dari dilabel negatif

Wajib ada kepastian

Jadi,apa pun,kepastian @ komitmen perlu diucapkan.bukan shj utk menjelaskan sesebuah perhubungan itu namun kamu berdua juga akan lebih bebas utk memberikan penghargaan kdp diri dan psangan. Selagi tidak ada kepastian,selagi itulah apa yg kamu inginkan dan cari tidak dpt dipenuhi.bukan itu shj,kamu juga sentiasa meragui antara satu sama lain.akibatnya dr cinta boleh dipupuk ttp berakhir dgn perpisahan.kalau perpisahan shj tidak mengapa ttp andai berakhir dgn dendam yg tak terluah itu pasti akan bertmbh parah.oleh itu bagaimana ara utk menyelesaikannya.jwpnnya mudah iaitu komunikasi!!


Apabila hubungan sdh begitu rapat tidak ada salahnya jika kamu minta penjelasan soal perhubungan kamu berdua.namun harus diingatkan kamu mungkin menerima japn @ repons yg positif dan mungkin juga negative. Sekiranya positif kamu selamat dan bersedialah utk memasuki alam baru iaitu alam percintaan. Namun sekiranya negative,jgn bersedih.anggaplah apa yg berlaku itu ada hikmahnya.itu tandanya si dia masih belum bersedia utk punya sebarang komitmen.jd tunggu apa lagi!! Kamu pasti tahu apa yg patut dilakukan bukan??jangan menanti buah yg x akan jatuh.bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor.oleh itu teruskanlah mencari dan percayalah kamu pasti akan menemui apa yg dicari selagi tidak berputus asa.

Membisu seribu bahasa.
Walau bagaimanapun,sekiranya lelaki masih membisu seribu bahasa dan mengelak utk member jwpn yg jelas.cara utk kamu cungkil apa yang ada di dlm hatinya melaui tingkah lakunya. Berikut boleh dijadikan panduan:


Si dia 100% mahukan kamu jika:
· Memberikan layanan yg begitu baik pd kamu misalnya tidak pernah meninggikan suara,mengambil dan menghantar kamu ke tmpt kerja,mengambil berat makan dan minum serta kesihatan.
· Setiap hari sebelum tidur akan menghubungi kamu utk ucapkan selamat malam.
· Tidak pernah malu utk memperkenalkan kamu pd sesiapa shj kamu adalah insane yg paling rapat dengannya dan andai ada sebarang majlis yg melibatkan teman-teman,kamulah yang dipilih sebagai pasangannya.
· Si dia sentiasa menjaga hatimu dan paling takut apabila kamu merajuk.pelbagai cara dilakukannya utk memujuk kamu.
· Tidak pernah berkira dengan kamu dan sanggup menghabiskan duit utk mendapatkan apa yang kamu suka.
· Bersedia utk bertemu dgn org tua mu pd bila2 masa.


Si dia 50/50 dengan kamu jika:
· Mengikut ke mana shj kamu pergi ttp apabila bertemu dgn org yang dikenalinya,cpt2 si dia menjauhkan diri dari kamu.
· Apabila dia menyakiti hati kamu,si dia akan meminta maaf ttp andai kamu tidak memaafkannya atau masih lagi marah ,si dia akan buat tak tahu dan menunggu kamu dtg padanya terlebih dahulu.
· Masih berkira-kira mengeluarkan wangnya utk kamu.kalau setakat belanja makan minum mungkin masih boley dipertimbangkan lagi ttp kalau utk beli yg kamu suka spt pakaian atau kasut tidak sama sekali dia sanggup.
· Sekiranya kamu berkawan rapat dengan org lain si dia cemburu,ttp tidak menyatakannya sebaliknya akan bertindak sama spt kamu iaitu dgn buat kamu cemburu.
· Apabila kamu bertanyakan ttg perhubungan,si dia member jwpn” sayang ttp belum bersedia” ataupun “berilah masa utk berfikir”. Jadi kamu masih punya harapan.


Si dia hanya anggap kamu teman biasa jika:
· Tidak prnah sekalipun si dia minta kamu menemaninya keluar bersama teman-temannya.
· Kamu berdua jarang berjumpa @ berhubung melalui telefon sebaliknya byk berkomunikasi melalui SMS dan “chatting” di internet.
· Si dia tidak pernah ambil berat ttg masalah kamu dan andai kamu sedang bersedih apa yang si dia cuba lakukan buat kamu ketawa ttp tidak pernah mahu berkongsi apa yang kamu alami.
· Setiap kali kamu berdua bicara soal percintaan si dia akan membayangkan atau menceritakan tentang perempuan lain bukan kamu.
· Dlm perhubungan kamu yang terlebih memberi dan begitu mengambil hatinya.sedangkan si dia sebaliknya.

2 comments:

AM SYA said...

hehe~~

pernah tjebak mase mude2 dolu...

apepon..itu pngalaman yg mendewasakn..

kdg2 ade laki mmg x ske pd komitmen..

jd...jgn ditunggu lame sgt.. ;)


^SyASyA^

Nurdalila Mahadzir said...

pernah terjebak dulu??
huhuhu.....
tul tuh pengalaman mmg mendewasakan kita wlapun sy ttp muda..ngee~~
thanks syasya..