Friday 10 May 2013

Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia ......

info ni aku dapat dari RATUHATI  

Memulakan makanan pelengkap merupakan cabaran buat anda dan bayi anda. Anda juga mungkin turut merasa tekanan daripada orang tua atau kawan-kawan yang meminta anda memberi makanan pejal kepada bayi anda sebelum umur yang sepatutnya.

Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia

Jika bayi anda telah mencapai umur empat bulan (bayi menyusu susu formula) dan enam bulan (bagi bayi menyusu susu ibu secara eksklusif) dan mempunyai tanda-tanda berikut, maka anda bolehlah mula memberinya makanan pejal :


Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak. (kepala Rania dh tegak..skrg suka benor nk berdiri..x mau baring dh)

Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa. (yup..dia x ley 100% duduk lg..still kena support..bumbo seat yg beli pon x guna lagi sbb mak tok Rania xbg lg)

Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya. (so far,aritu timbg ms 5 bulan 6.7kg, kire dh double la kan..nt timbg 6 bulan tgk plak bp naik)

Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali. (sgt2 obious ok.. kejap2 dia isap jari dia..pastu merengek nk menyondol2 kat aku..kalo nmpk aku selak baju je, trus over excited)

Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa. (tiap kali ada menda makan jer,mesti x berkelip mata tgk...kdg2 kesian jugak)

Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan. (tgn tu duk hulur jer kalo tgk aku @ sesape makan..)

Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya. (belom penah try lg bg menda makan kt dia)

Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan. (not sure yer..blom try)

Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya. 
Kebaikan Untuk Bayi :

  • Sistem penghadaman bayi yang berusia kurang enam bulan belum matang dan dia tidak dapat menghadam makanan dengan sempurna menyebabkan masalah seperti bayi muntah, sembelit dan juga cirit-birit. 
  • Lebih awal bayi diperkenalkan dengan makanan lain selain daripada susu ibu, lebih mudah bayi tersebut berkemungkinan mendapat alahan atau alergi terhadap makanan tersebut. 
  • Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dapat mengurangkan risiko gastrointestinal, pernafasan dan jangkitan telinga pada bayi.
  • Bayi yang berusia lebih enam bulan dapat mengambil bahagian secara lebih aktif semasa makan seperti mencapai makanan jika masih mahu makan atau berpaling jika sudah kenyang. 
  • Makanan pejal akan mengurangkan jumlah susu yang bayi ambil. 
  • Bayi yang makan makanan pejal terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila besar nanti berbanding dengan bayi yang memulakan makanan pejal pada masa yang sesuai. 
  • Menyuap makanan pejal kepada bayi yang belum duduk adalah lebih sukar dan kadang-kadang mengecewakan bayi dan anda sendiri. 

Masa paling sesuai untuk introduce solid food adalah time umur 6 bulan. Walaupun ada sesetengah buku tulis start time 4 bulan, better wait till 6 months, sebab time tu usus dia dah matang.

RESEPI UMUR 6 BULAN 

guna teknik 3-4 days rules. Mean kenalkan satu2 jenis makanan tu selama 3-4 days to rule out allergy.

Hari 1-3: air kanji nasi
Ambik air nasi yg mendidih tu, bagi minum, bagi dalam 4-5 sudu jer. Ini petua
org tua2 nak intro solid kat baby
Hari 4-7 : bubur nasi
Hari 8-11 : bubur nasi + kentang
Hari 12- 15 : bubur nasi + carrot
Hari 16-19: bubur nasi +bayam
Hari 20- 23: bubur nasi + bilis
Hari 24-27: bubur nasi+kentang+ carrot
Hari 28-31: bubur nasi+kentang+carrot+bilis


Time 6 bulan ni, saya tapis semua makanan. Ada org suka blender, tpi saya prefer tapis dengan penapis. 

Ikan bilis tu kalau boleh cari yg warna putih (less salt). Kalau takde pun ikan bilis biasa tu, rendam lama skit, biar hilang masinnya. Goreng sangai (tanpa minyak), then blend kering sampai halus. Simpan buat stok. 

Beras pun blend kering dulu. Bila masak tu senang dia hancur, tak susah sangat nak tapis.
Ingat.. No sugar, no salt for baby below 1year. 


kalo dh cenggini rupanya, kira Rania dh bersedia la kan :p

No comments: