Monday, 21 February 2011

Petua Untuk Selesaikan Masalah Dalam Sebuah Hubungan


1. Tenangkan DiriJangan cepat sangat melenting tidak tentu hala bila ada masalah. Tak perlu nak tunjuk siapa hebat, anda atau dia. Itu tidak penting. Yang penting anda dapat berfikir secara bijak dan tenangkan diri. (korg perasan x kalo korg gado ngan gf/bf korg..mesti nk lawan kan..xnk ngalah lansung2..mesti kite je nk menang kan??)


2. Beralah - Kalau kena caranya pasangan anda boleh cair dan mudah-mudahan lembut balik hatinya jika dia sedang marah.(kalo dua2 ego x nk beralah,aku rs pompuan slalunyer beralah..sbb nk nk jaga hati pasangan..tul x?tp beralah bukan beerti kalah)


3. Dengar Luahan Hati PasanganTabahkan hati dan cuba bersabar. Biarkan pasangan anda habiskan kata-katanya. Tunjukkan padanya yang anda prihatin dengan perasaannya.(ni penting...jdlah pendengar yg setia)


4. Kawal DiriAda kalanya pasangan anda akan hilang pertimbangan. Lebih baik anda senyap dan kawal diri daripada berbuat sesuatu yang bercorak provokasi.(diam adalah lebey baik kdg2..)


6. Jangan Merasa Hanya Kita Yang Betul dan Pasangan Anda Selalu SalahJangan sesekali letakkan kesalahan itu seratus peratus pada pasangan anda. Perlu ingat, setiap perkara yang jadi pasti ada puncanya. Fikir secara positif dan terbuka. Mungkin pasangan anda melakukan kesalahan disebabkan kelemahan anda.(no body perfect)


7. DoaBersabarlah. Doalah mudah-mudahan Tuhan akan lembutkan hati pasangan anda dan anda sendiri juga akan berlembut.(yeap...ni yg paling PENTING sekali)


sumber: facebook

2 comments: