Monday 10 January 2011

awal pernikahan:antara realiti & fantasi

Lima tahun pertama usia perkahwinan, sering dikatakan sebagai tempoh ujian. Tempoh ini dikaitkan sebagai fasa untuk sesi kenal mengenal hati budi sebenar antara pasangan. Walaupun pasangan sudah saling berkenalan dalam tempoh yang lama sebelum berkahwin, tetapi itu belum menjamin yang mereka benar-benar sudah mengenali pasangan mereka. Apa lagi bagi yang kenal dalam tempoh yang singkat ataupun belum berkenalan langsung.

Setiap pasangan mempunyai impian tersendiri apabila mereka berkahwin
kelak. Walaupun kadang-kadang impian itu telah dinyatakan sebelum ijab kabul dilafazkan, namun realitiselepas berkahwin kelak seringnya berubah. Tidak semua yang indah-indah
seperti diimpikan sebelum berumah tangga bakal menjadi kenyataan.

Inilah yang berlaku pada pasangan Mustafa dan Atiqah (bukan nama sebenar).Di zaman gadisnya, Atiqah sering berharap untuk menjadi seorang isteri yangtaat dan sering mengukir senyuman buat suaminya. Dia yakin, dengan menjadi isteri yang solehah dan menggembirakan suami, dia sudah dapat menduduki salah satu tempat di syurga. "Tidak perlu susah-susah bagi seorang wanitamencari syurga Allah," begitulah yang kerap terlintas di hatinya.

Sebenarnya Atiqah bukanlah seorang yang kuat imannya. Dia bersembahyang kerana keluarga, rakan-rakan dan rutin. Tetapi ketika menuntut di institusi pengajian tinggi dan berkat berkawan dengan teman-teman yang kuat pegangan agamanya, Atiqah jadi terikut-ikut dengan cara hidup mereka. Dia juga mula mendekatkan diri kepada agama. Dan antaranya dia banyak mendalami
hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan.

"Jika manusia boleh menyembah manusia selain-Nya, maka aku perintahkan isteri menyembah suaminya." (Hadis diriwayatkan oleh Abu Dawud, Tirmidzi,Ibnu Majah dan Ibnu Hibbin). Ternyata Atiqah begitu senang dan berpegang kuat pada hadis ini.

Akhirnya Atiqah bertemu jodoh dengan Mustafa yang juga kuat dengan pegangan agamanya. Seperti Atiqah, Mustafa juga mengenali Islam ketika berada di kampus. Dia juga berhasrat untuk membina rumah tangga yang bahagia. Pilihannya, pasti seorang wanita solehah yang menyejukkan hati dan mata.


Jejak Rasulullah

Mustafa pernah membayangkan, alangkah bahagianya menjadi seorang suami yang kuat peribadinya dan mampu membimbing orang lain, terutama isteri dan anak-anak. Dia teringat pesan Rasulullah, "Hanya lelaki yang mulia saja akan memuliakan wanita." Lalu dia bercita-cita mengikut jejak Rasulullah yang begitu sayang dan lemah-lembut pada isteri. Tidak merasa rendah diri apabila membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.

Perkahwinan Mustafa dan Atiqah terus berlalu, hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan. Biarpun berusaha menghidupkan rumah tangga Muslim, namun kenyataan terpaksa juga dilalui. Perbezaan keperibadian,perasaan, pembawaan, selera, kegemaran, cara hidup yang terbina daripada latar belakang keluarga dan pendidikan yang berbeza, ternyata tidak mudah disatukan.

Jika sebelum berkahwin semua itu dikatakan mudah diselesaikan melalui pemahaman agama, ternyata lambat laun ada juga perselisihan. Perselisihan memang tidak dapat dielakkan dalam rumah tangga. Apa lagi, jika pasangan suami isteri tidak menyedari bahawa syaitan sentiasa berusaha untukmenjahanamkan anak Adam.

Begitulah halnya dengan perkahwinan Mustafa dan Atiqah. Segala yang dibayangkan tidak seindah realiti. Mustafa mula mengeluh. Ternyata isterinya tidak seperti yang diimpikan. Begitu juga Atiqah, mula mengeluh terhadap Mustafa yang dianggap terlalu dimanjakan oleh orang tuanya dahulu. Apa lagi,Mustafa terlalu berhati-hati dalam soal kewangan.

Atiqah mula berasa kesal kerana tidak mahu bekerja dahulu sebaik tamat kuliah. Niatnya waktu itu ialah untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada suami dan rumah tangga dan mencapai impian menjadi wanita solehah. Atiqah berasa dirinya tidak dihargai.

Sikap semula jadi Mustafa yang dingin dan tidak banyak cakap, mula dirasakan sesuatu yang menyakitkan. Manakan tidak, sepanjang hari suaminya sibuk bekerja, waktu malam banyak menghabiskan masa dengan jemaah di masjid.Begitu juga hari minggu, jarang berada di rumah kerana sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan.

Sebaliknya Mustafa pula merasakan, Atiqah tidak ikhlas dan meragui kejujurannya sebagai seorang suami. Bagi Mustafa, Atiqah tidak sepatutnya meragui kejujurannya kerana dia sentiasa jujur dan apa yang dilakukannya adalah bagi mendapat keredaan Allah. Baginya dia tidak perlu menyatakan yang dirinya seorang yang jujur dan penyayang. Dia mengharapkan pengertian
Atiqah sepenuhnya.

Tidak dinafikan, terdapat sesetengah wanita yang sibuk dengan urusan kerja sehingga gagal untuk mengimbangi peranannya di rumah. Hal ini menyebabkan suami mengeluh kerana dibebani dengan tugas-tugas rumah tangga. Dan tidak kurang juga, terdapat wanita yang apabila berkumpul bersama teman-teman sekerja, gemar menceritakan keburukan suaminya. Kerana terlalu banyakmenceritakan kekurangan suaminya sehingga terlupa untuk melihat kebaikan
dankelebihan suaminya.

Melindungi sikap

Ada juga sesetengah pasangan yang jika sebelum berkahwin, mereka sanggup melindungi sikap mereka yang sebenar dengan alasan untuk mengambil hati pasangan mereka. Tetapi setelah berkahwin, mereka gagal untuk berselindung lagi. Maklumlah, sampai bila seseorang itu sanggup 'berlakon?'

Ada suami yang sikap semula jadinya agak dingin, tidak pandai memuji dan bergurau senda dengan isteri. Apabila melihat kebaikan pada isterinya,mereka akan mendiamkan diri. Sebaliknya apabila melihat kelemahan, segera diungkit. Malah boleh dikatakan ramai lelaki yang begitu berat untukmenuturkan kata-kata maaf pada isterinya sedangkan sebelum berkahwin
tidakpula begitu keadaannya.

Memang banyak dugaan pada pasangan suami isteri dalam berumah tangga. Dan sudah menjadi sunnah kehidupan, bahawa akan berlaku pergeseran kecil dan perbezaan, sepanjang menjadi suami isteri. Itulah yang dinamakan asam garam kehidupan.

Dalam situasi begini, Mustafa dan Atiqah mempunyai kelebihan dalam menghadapi dugaan berumah tangga kerana mereka berbekalkan pemahaman agama dan sentiasa bergantung kepada keredaan Allah. Kelebihan ini mungkin tidak ada pada semua pasangan.

Ada kalanya, kita memerlukan bantuan pihak ketiga dalam menyelesaikan masalah rumah tangga, kerana 'cermin mata' yang kita pakai sudah begitu kelabu sehingga gagal melihat semua kebaikan pasangan. Mungkin pihak ketiga boleh membantu mencuci atau memperbaharui kaca mata kita supaya pandangan kita kembali jelas.

Pasangan yang bijak dan tinggi pemahaman agamanya, akan mampu untuk istiqamah dalam menjaga perkahwinan mereka dan lebih mampu menghadapi badai yang melanda. Adalah penting, sebelum berkahwin kedua-dua pasangan berjanji akan melengkapi antara satu sama lain, kerana manusia bukanlah makhluk sempurna. Manusia tidak mungkin dapat menjadi isteri atau suami yangsempurna seperti bidadari atau malaikat.

Kita harus bersedia menerima pasangan hidup seadanya, termasuk segala kekurangannya, selama ianya tidak melanggar syariat. Kita memang berasal daripada latar belakang keluarga, kebiasaan dan watak yang berbeza, yang membantu watak dan persepsi hidup tersendiri. Apabila kita menerima keadaan ini, Insya Allah kita akan mampu menghindari daripada menikah dalam ilusi kita pada hari diijabkabulkan. Tetapi sebaliknya kita sudah menikah dengan
realiti kita.


so,kesimpulan yg boley disimpulkan di sini ialah

* Jangan samakan pasangan anda seperti diri anda.

* Jangan cuba mengubah pasangan anda menjadi seperti anda.

* Apabila anda marahkan si dia, cuba cari tiga kebaikannya.

* Jangan luahkan rasa marah ketika kemarahan anda sedang memuncak.

* Jangan berasa yang diri anda sentiasa betul.

* Jangan suka memendam perasaan, luahkan!

* Sentiasa berfikiran positif.

* Ingatlah anda kini sudah berada di alam nyata (berkahwin) bukanlah lagi fantasi (sebelum berkahwin).

* Sebelum berkahwin anda boleh menutup mata terhadap kekurangannya, Kenapa tidak selepas berkahwin?


No comments: