Saturday 6 March 2010

Tips untuk Survive dalam Percintaan Jarak Jauh (PJJ)


hurmmm...actually dh 2x aku ter involve in diz kind of relationship..it's called CINTA JARAK JAUH..x serik2 kan..well,kalo hati dh terpaut,dipisah oleh benua pun x kisah.. hahaha.. konon2 la..ader setengah ckp risiko nyer amat lah tinggi utk kena tinggal..itulah yg aku rs selepas 2x merasai CINTA PJJ nih..sakit sbnr nya apabila ditinggalkan..tp itulah lumrah kehidupan yg sebenarnya..yg paling menyakitkan kalo ditinggalkan tanpa apa2 berita..tau2 di sana dh ader pengganti..perrgghhh...mudahnya memainkan hati dan perasaan org kan..alasan JAUH diutarakan..alasan yg selalu diberikan..kononnya "u are too good to me..u deserve someone better than me" b******t..

tp,x semestinyer pjj nih je berisiko tinggi..PJD pun boley gak..apekah itu PJD?? hahaha.. PERCINTAAN JARAK DEKAT..ntah la kan..kat mana silapnyer..last2 org akan ckp xde jodoh.. ape nk wat..tul ker??bukan ke jodoh itu harus di cari..bila dh jmpa,kedua2nya harus berusaha utk menjg hubungan itu..selain itu,berdoa semoga itulah jodoh yg ditentukan oleh Allah..

skrg nih,aku sekali laei terlibat dlm CINTA PJJ nih..x serik kah aku??sbnrnya sebelum nih ramai yg cuba nk ketuk pintu hati aku yg dh aku tutup dan kunci ketat2 dan aku buang jauh kuncinya pas hati aku disakiti,dilukai,dipermainkan dan mcm2 laei la..but at last someone terjumpa kunci yg aku dh buang tuh..dan aku rs,i must learn from my past mistake during diz kind of relationship..i'll try my best diz time...

antara2 tips2 yg aku jmpa dan mesti aku praktikkan ialah:

Percaya pada pasangan

Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.
Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian? ....

Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini. ini ialah aktivi wajib kan...

Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu. .

Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

No comments: