Friday, 27 November 2009

Demam Nur Kasih


Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.


aku mcm x percaya Fizz Fyruz ley bwk watak Aidil dgn jayanya..sebelum2 nih aku selalu tgk dia dlm cita Sonata Labu Labi..gile sengal mamat nih berlakon..hahah..Sekali,bile tgk dia bwk watak Aidil nih dgn best skali wat aku jatuh chenta..pastu mula la berangan nk suami yg mcm nih.. huahuhauahua...


Remy Ishak pun best..Watak Adam yg dilakonkan oleh dia mmg memberi kesan dlm menghidupkan lagi penceritaan Nur Kasih nih..mcm mana angkuh dan sombong nya seorg lelaki, akhirnya ego nya jatuh kerana cinta yg tulus dr seorg perempuan..ku pun jatuh chenta sama ini Remy Ishak..ngee~~


Nur Amina...kira nih heroin la dlm cita nih kan..watak yg dibawakan oleh Tiz Zaqyah tul2 memberi impak yg cukup kuat..bagaimana pengorbanan seorg isteri terhadap suaminya..betapa kuatnya semangat nya..teguhnya cinta seorg isteri kpd suami...Akhirnya kebahagiaan milik nya berkat kesabarannya..Aku berharap aku jua akan menjd sekuat Nur Amina..Semoga kebehagiaan yang aku cari selama ini akan menjadi milik ku hingga ke akhir nya..


Siti Sarah..huhuhu..ni la watak jahat yg paling x disukai org..ape2 pun tahniah la kat dia nih sbb dia berjaya membawa watak antegonis..watak yg buat org meluat sgt2 ngan dia..huhu.. tp itulah realiti kehidupan..hasat dengki mendengki..iri hati sentiasa ada dlm hati manusia nih..

p/s:Tamat sudah cita Nur Kasih nih..sarat dengan teladan dan pengajaran buat pengikut cerita ini.. hari2 org bercakap psl Nur Kasih..aku suka cerita nih sbb shot2 yg diambil tuh chanteq sgt2.. laei pun aku mmg menggagumi hasil kerja Khabir Bahtiar.. permandangan yg ditunjukkan mmg mampu menarik perhatian org..sawah padi yang menghijau..suasana kampung yg aman damai.. best nyer..ms episod diorg kat Makkah,terdetik dlm hati aku,suatu hari nnt aku nk jejakkan kaki aku ke sana juga..sm gak masa kat Sydnea..best nyer dpt pi sana..berangan la dlu.. mn tau kot2 ader rezeki aku,smpi la aku ke sn..

No comments: