Friday 25 September 2009

penantian

Sememangnya penantian itu sebuah keperitan dan penyeksaan, lebih-lebih lagi kiranya kita menantikan sebuah jawapan di sebuah persimpangan untuk meneruskan sebuah perjalanan yang panjang.

Keputusan harus dilakukan, mestipun pahit mahupun manis yang akan dikecapi di penghujung jalan. Itulah yang dinamakan kehidupan. Yang kadangkala begitu menguji keperibadian.

Saat itu juga, kadangkala kita akan ditinggalkan sendirian, dalam atas kerna keputusan perjalanan hidup yang kita pilih. Adilkah hidup ini? Mengapa kita akan dilanda perasaan kecewa atas jawapan dan kepastian yang telah dilakukan? Adakah kerna kita tidak ikhlas dalam memilih jawapan? Siapa yang harus kita persalahkan yea.Yang pastinya...KITA, KITA, KITA dan KITA yang akan dipersalahkan !!!!

Hati salah kan KITA, Perasaan akan salahkan KITA, CINTA juga akan salahkan KITA, KASIH juga akan salahkan KITA.... Hasilnya kita akan dipenjarakan dan dihukum di penjara kesepian dan dibiarkan tergari dengan rasa rendah diri. Adil kah KITA!!!???

Percayalah, menunggu itu adalah suatu penyeksaan. Penyeksaan batin. Hanya mereka yang tabah sahaja yang mampu menunggu.

Berapa lama

Mesti ku nanti

Sinar cahaya matamu

Gemerlap bagai bintang

Menghiasi malam

Malam yang menutup diriku

Berapa lama

Perlu ku tunggu

Lontaran suara dari bibirmu

Memecah hening taman

Taman syurgawi

Pada sebuah hati yang sepi

Penantian suatu seksa

Yang tidak tertanggung

Oleh tubuhku yang kering dan layu

Kepastian suatu penawar

dalam suka dan duka

Yang meniti hidupku

4 comments:

Mr. Cuz said...

Menanti sesuatu tu memang sakit...tp penantian tu mesti akan berakhir gkkan nnt...Kne bnyakkan bersabar la untuk menanti...Semoga awk bersabar...

Nurdalila Mahadzir said...

penantian dh pun berakhir...berakhir dengan sesuatu yg x disangka kan..ape pun kena terima qada' dan qadar Allah..

Anonymous said...

ur penantian is a bit diffrent from mine..but...the story line behind it bit similar.. and yeah,, its hurt when reality come....

Nurdalila Mahadzir said...

yeap..its so hurt...the ugly truth huh??