Tuesday 28 July 2009

Cinta @ Bukan

No.1
Situasi:Anda berhadapan dengan si dia.Anda rasa tapak tanganmu berkeringat,hati berdebar kencang dan suaramu seakan tersekat di ronga dada.

Dalam hati anda….Hakikatnya bukan cinta, tetapi suka!


No.2
Situasi:Anda ternampak kelibatnya.Mata anda tidak terlepas dari terus memandangnya walaupn si dia tidak perasaan anda disitu.

Dalam hati anda….Hakikatnya bukan cinta, tetapi nafsu!


No.3
Situasi:Anda mendekatinya, tetapi sukar kerana terdapat batasan-batasan halangan, tetapi anda tetap tidak berputus ada dan sebaliknya tetap berusaha, perasaan meluap-luap untuk mendekatinya,anda tidak akan berpuas hati selagi tidak berjaya

Dalam hati anda….Hakikatnya bukan cinta, tetapi kesetiaan!


No.4
Situasi:Si dia minta penjelasan daripada anda,apakah perasaan anda terhadapnya. Walhal anda sendiri keliru dengna perasaan anda.Anda memang menyenanginya, menyukainya, tetapi tidak tahu adakah ianya cinta? Demi menjaga hatinya, anda mengaku yang anda mencintainya!

Dalam hati anda….Hakikatnya bukan cinta, tetapi belas kasihan!


No.5
Situasi:Si dia menyakitkan hati andaMemang anda terasa pedih dengan kesalahan yang dilakukanya,tetapi anda memaafkanya jua. Anda memandang kebaikan dari perkara salah yang dilakukanya itu.

Dalam hati anda….Hakikatnya bukan cinta, tetapi belas persahabatan!


No.6
Situasi:Si dia ingin tahu,adakah setiap masa hanya dia berada di hati dan di ruang fikiran. Anda memikirkan tentang dirinya, tetapi bukan setiap masa kerana memikirkan banyak perkara saban hari, tetapi terpaksa mengakui pertanyaan si dia kerana bimbang si dia merajuk.

Dalam hati anda….Hakikatnya bukan cinta, tetapi dusta!


No.7
Situasi:Si dia berada jauh dari anda, mungkin out station atau sebagainya.Anda terlalu menginginkanya dan ingin segera berada di sampingnya.

Dalam hati anda….Hakikatnya bukan cinta, tetapi kesepian!


No.8
Situasi:Sangup membuat apa sahaja demi si dia, termasuklah membelikan hadiah walapun di luar kemampuan anda.Demi si dia, lautan api sangup direnangi apatah lagi sampai poket kering kontang, anda sangup dan rela.

Dalam hati anda….Hakikatnya bukan cinta, tetapi murah hati!


No.9
Situasi:Pandangan matanya sunguh menusuk kalbu hinga membuatkan anda terleka dan tertawan.Bertapa bahagianya anda apabila menjadi perhatianya

Dalam hati anda….Hakikatnya bukan cinta, tetapi angau!


TETAPI…..

Adakah anda terus bertahan biarpun sejuta rasa bercampur baur di hati anda? Antara kesakitan dan kegembiraan, hingga membuatkan anda untuk terus mengakui bertapa hebatnya perasaan yang anda alami. Anda mahu terus bersamanya bagaikan kuasa magnet menarik perhatian anda padanya.
Itu adalah cinta..

Sinar matanya menusuk ke jauh dasar hatimu, menyentuh lembut jiwamu dan membuatkan hatimu mekar mewangi selalu, jika hal sedemikian berlaku,maka apa yang anda rasakan..
Itu adalah cinta..

Hati anda gembira tika si dia bahagia dan menangis tika si dia bermuram durja
Itu adalah cinta..

Adakah anda sangup menerima kesalahanya kerana mengangap tiada manusia sempurna dan tiada manusia yang terlepas dari melakukan kesilapan?

Itu adalah cinta..

No comments: