Wednesday 24 June 2009

Wanita Perlu Berusaha Terhadap Jodohnya


Ye, wanita juga perlu berusaha. Tapi bagaimana caranya?

1.Berusaha menyediakan diri sebagai produk solehah yang diidam-idamkan. Biasanya produk solehah yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serahkanlah kesedian hati anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syaro.

2.Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki (hanya dengan sedikit godaan berupa sms, call, puji-pujian dll), senang pula untuk dipersia-siakan.

3. Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin di kalangan abang mereka, saudara mereka dsb yang soleh-soleh juga. Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tapi wasilah semata-mata.

4.Jika anda terpikat pada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus padanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan malu anda di matanya.

5.Minta ibubapa, abang atau saudara-mara yang mencarikan untuk anda.

6. Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibubapa, bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia. Ingat cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukan oleh Rasullah SAW.


"JODOH ITU TELAH DITETAPKAN, BEZANYA SAMADA KITA MENDAPATKANNYA DENGAN CARA MULIA ATAU CARA HINA. PILIHLAH."

No comments: