Monday 1 June 2009

KPD YG SEDANG & BELUM BERCINTA.......


Bagaimana menjadi pasangan yang lebih baik.Bila anda pernah mengalami putusnya hubungan cinta, dan memikirkan serta menanyakan apa sebenarnya yang telah terjadi , biasanya lebih mudah untuk mengenali kesalahan pasangan anda, tetapi akan lebih sulit untuk menentukan apakah anda sendiri yang berbuat salah atas putusnya hubungan tersebut. Semua orang umumnya akan berbuat yang terbaik atas apa yang dilakukannya.
Menjadi pasangan yang baik juga merupakan suatu keharusan.

Dibawah ini terdapat beberapa tip untuk menjadi pasangan yang lebih baik....

1.. Beriman
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta
antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.

2.. Jangan 'minder' dan selalu mengenang masa lalu

Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar2 menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3.. Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hubungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4.. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.

5.. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi.

Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang
melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan.....??

6.. Jangan merendahkan pasangan anda.

Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7.. Jangan memberi janji yang anda tidak bisa penuhi

Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8.. Usahakan untuk selalu berada disisinya.

Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup....Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka....

9.. Komunikasi Dunia berubah dari hari ke hari.

Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyedari bahawa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10.. Kasar

Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda. Cukup jelas...

11.. Hormati pasangan anda

Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

12.. Jujurlah selalu

Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yang tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

2 comments:

pemudakampung said...

pandai nya.. nasihat org.. :)
mesti penulis ni pakar dalam bercinta...
atau penulis ini mempunya begitu byk pengalman dalam percintaan.Antara suka dan duka,yg telah di kongsikan menjadikan pengalaman buat beliau dan semua.
adakah penulis ini sedang di ambang percintaan yg bahagia dan enak dibuai oleh arus percintaan.
penulisan penulis diluah dari hati dan di carcakan di blog ini.
Waktu percintaa yang amat indah.
Mungkin ini pengubat buat penulis untuk diri nya atau kepuasan untuk diri nya..
adakah penulis sudah menemui jalan yg di carinya..


salam,
pemudakampung

Nurdalila Mahadzir said...

aduyaii...ayat kamu itu...hahahah....
aku bukan pakar dlm bercinta..mungkin berkongsi pengalaman..aku bukan di ambang percintaan yg bahagia..
hanya la pengubat utk diriku...
aku belum menemuai jalan yg di cari dlm hidup ku..