Friday 29 May 2009

mimpi

Semlm adik aku belanja mkn pizza hut..sibuk nk suh aku glemerkan dia kat blog aku nih... disbbkan 27hb yg lepas besday dia,so dia belanja la semlm..pas anta Is naik bas balik JB..tunai tanggungjawab..haahahah....

Semlm aku bermimpi,ada rombongan meminang dtg umah aku meminang aku...hahahah... lawak gile siutt..ade ke patot..yg peliknye,aku x kenal siapa yg bakal jd tunang aku tuh..ada majlis kat umah aku..siap lawan pantun lagi..pastu ms bakal "mak mertuaku" nk sarung cincin,yg lawak tuh cincin tuh besar..haahahh...giler nye mimpi..aduyaiii...ni mak la semlm ckp kat aku, kalo ada org masuk minang aku,dia nk terima jer..dasyat tul kenyataan yg dikeluarkan oleh mak aku semlm..aku cite kat akak opis aku,dia kata selalu mimpi terbalik..makna nyer xde sp la nk minang aku...waaaaa...sedey nyer....

Tgh hari ari nih mkn free..murah rezeki aku ari nih..Kak Salmah wat mkn2 kat umah dia.. lauk best btul..daging rebus cicah ayaq asam+ayam masak ros+jelatah+dalca+mcm2 lagi..sedap giler..seronok gak makan reramai nih...berselera sungguh...



aku terbaca satu artikel menarik mengenai SAHABAT...

Siapakah yang dikatakan sahabat? Adakah perlu dia kaya dan segak? Apakah perlu dia pandai mengambil hati? Mestikah dia tidak mementingkan diri sendiri? Atau.. Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya? Satu hala tuju dan matlamat yang selari?

Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya? Atau.. Adakah orang yang dapat gembira suka dan duka bersama? Membantu bila sahabatnya kesusahan? Atau.. Seorang sahabat ialah orang yang menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah? Dia menegur apabila sahabatnya lupa.. Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya..

Kenapa mesti kita bersahabat???

1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerukan. Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman..

2. Sahabat adalah cermin diri kita. Jka kita bersahabat dengan orang jahat,maka kita pasti dicerminkan sedemikian. Jika bersahabat dengan orang yang soleh, maka kita juga pasti dicerminkan sedemikian. Oleh yang demikian, pilihlah siapa sahabatmu..

3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik. Pilih sahabat yang baik seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti mendapat percikan api. Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka kita pasti berbau harumannya.. Dan pohonlah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredhaanNYA...










































No comments: