Wednesday 13 May 2009

Beza Lelaki & Perempuan

1. dalam komunikasi, LELAKI kurang respon terhadap perbualan berbanding WANITA..

2. WANITA lebih mudah mempamerkan perasaan semasa bercerita, mendengar cerita ataupun mengada-adakan cerita berbanding LELAKI. (ekpresi wajah LELAKI tidak akan berubah dlm masa 10 saat walaupun ketika mendengar cerita sedih, tetapi LELAKI jugak yg paling kuat gelak kalo dgr jokes)..

3. spektrum reaksi bunyi WANITA semasa berbual sgt luas (iye, ish2, hah, woo, eee geli!) berbanding LELAKI yg prefer reaksi badan ( lelaki india dan bangla paling suka geleng kepala)..

4. LELAKI banyak berfikir dgn senyap (byk monolog) tapi WANITA banyak berfikir dgn bercakap(suka luahkan) - LELAKI dikatakan x bg perhatian bila bercakap dgn WANITA padahal LELAKI dok sibuk proses apa yg WANITA katakan..

5. WANITA memang dilahirkan byk bercakap dr LELAKI.. huhu.. sabar je la wahai lelaki (purata WANITA italy bercakap 20,000 perkataan dan simbol sehari berbanding LELAKI italy yg paling byk pun 7,000 perkataan dan simbol)..

6. merujuk no 4, WANITA terdedah kepada masalah rahang sebanyak 4 kali ganda berbanding LELAKI..

7. WANITA pantang kalau LELAKI potong cakap dier (kalo tgh2 WANITA citer, jgn lah LELAKI mencelah ye)..

8. LELAKI suka WANITA yg bercakap dgn nada tinggi(nyaring) tetapi WANITA suka LELAKI yg bersuara garau (bass).. tapi WANITA akan dianggap lebih pintar dalam perbincangan dgn LELAKI kalau merendahkan nada suara (dgn menundukkan sedikit kepala)..

9. arah, jarak dan ruang adalah skil yg dikuasai oleh bhg otak kanan LELAKI berbanding 10 % WANITA yg ada skil sama hebat dgn LELAKI (WANITA nk agak jarak kne pakai tape tp LELAKI boley agak dr sekilas pandang ;p) -> WANITA paling benci reverse parking!

10. WANITA lebih baik dalam mentafsir objek 2 dimensi berbanding LELAKI lebih baik mentafsir objek 3 dimensi..

11. tak semua pujian mampu menyentuh hati LELAKI tapi setiap pujian mampu menggetarkan hati WANITA..

12. dalam bercinta, LELAKI bangga dgn kemenangan meraih cinta seorang WANITA.. tp WANITA bangga menolak cinta seorang LELAKI..

13. LELAKI selalunya memahami apa yg didengar, tp WANITA selalunya mendengar apa yg tidak difahami.. hoho..

14. LELAKI menangis kerana kehilangan sesuatu berbanding WANITA menangis kerana tak mendapat sesuatu..

15. kerana cinta, LELAKI mudah 'menutup' matanya namun kerana cinta juga, WANITA enggan 'menutup' telinganya..

16. LELAKI mudah jatuh cinta dan mudah melupakan cinta sedangkan WANITA amat payah jatuh cinta dan juga melupakan cinta..

17. LELAKI lebih mudah melupakan bekas kekasih tanpa memaafkannya.. WANITA lebih mudah memaafkan tetapi enggan melupakan bekas kekasih..

18. LELAKI mudah bertukar sesuatu kemahuan dalam hidup tetapi WANITA lebih senang menetapkan satu kemahuan tanpa mahu berubah..

19. pernikahan dianggap sbg permulaan kisah dalam hidup seorang LELAKI tetapi dianggap sbg pelengkap episod dalam hidup WANITA..

20. LELAKI mulutnya di hati manakala WANITA hatinya di mulut ;)

2 comments:

Erin said...

Aku suka reverse parking. Haha

Nurdalila Mahadzir said...

aku tau nape ko suke yg reverse parking tuh..
kenangan dowhh...hahahah