Saturday 30 May 2009

AKU PERNAH.....


Aku pernah terduduk. Aku pernah disakiti.
Aku pernah kecewa. Aku pernah dimungkiri.
Aku pernah terseksa. Aku pernah dibohongi.
Aku pernah diabaikan. Aku pernah dilupai.
Aku pernah.....

Tapi aku sabar dan tabah.
Aku terus melangkah.
Aku lantas memaafkan.
Walaupun hati masih berdarah.
Kerana itu lah yang terbaik.

Kepada temanku,

Aku tak pernah berdendam.
Aku cuma tersilap langkah, bila emosi menyelubungi diri.
Aku gembira bila kau gembira.
Sekurang2nya kau dpt apa yang kau mahukan.

Cuma aku ralat dan kecewa
Bila kau tak rasa apa aku rasa
Bila kau tak risau apa aku risau
Bila kau tak sedar apa yang aku sedar
Bila kau tak kasihan bagaimana aku kasihan

Hidup bukan semata2 untuk cinta manusia
Cinta adalah untuk hidup
Cinta mampu memperbaiki hidup
Kejar lah cinta
Jika cinta itu mampu menyempurnakan hidupmu

Kalau cinta tak mampu beri itu
Kalau cinta buat kamu lupa
Kalau cinta buat kamu alpa
Kalau cinta buat kamu hilang arah
Kalau cinta tak mampu membina hidup
Hindari cinta...

Fikirlah dengan akal dan rasional
Orang lain tak dpt mengubah nasib kita
Melainkan diri kita sendiri
Berbuat baik lah pada manusia
Hargai orang yang menyayangi kita
Keluarga dan kawan2
Jadikan peristiwa lalu pengajaran
Jauhkan diri daripada keburukan
Dekati kebaikan
Kurangkan kehidupan yang melalaikan
Barulah kita akan merasai
Betapa indahnya kehidupan...

Aku bukan siapa2
Aku hanya mampu berbicara
Memberi semangat dan nasihat
Yang baik dijadikan pedoman
Yang buruk jangan dipakai...

No comments: