Tuesday, 22 April 2014
ayat makan dalam
Thursday, 15 August 2013
Suami Isteri..
✔ Hargai isterimu sebagaimana engkau menghargai ibumu. Berlaku adillah kerana isterimu juga seorang ibu dari anak-anakmu.
✔ Jika engkau marah boleh tidak menegur isterimu, boleh tidak berbicara dengan isterimu, boleh tidak menemani tidur isterimu, tapi berusahalah untuk tidak memukulnya.
✔ Ingatlah jantung rumah tangga adalah seorang isteri. Jika hati isterimu tidak bahagia maka seisi rumah akan tampak seperti kuburan. Sepi kerana tiada canda tawa, manja, perhatian. Sayangi isterimu agar dia bahagia. Maka engkau akan merasa seperti di taman surga.
✔ Besar kecilnya penghasilanmu, jangan pula membuat besar kecilnya kasih sayangmu kepada isterimu. Seorang isteri tetap ingin diperhatikan seperti ketika isterimu selalu menyambutmu kepulanganmu dengan penuh kasih sayang.
✔ Hidup dalam satu atap yang telah diikat dengan akad, tidak perlu merasa lebih tinggi, suka bertingkah ketika kaya, bukan juga siapa yang menang dan siapa yang kalah. Kerana hidup bersama bukan bertujuan untuk bertanding melainkan sebagai teman hidup yang selalu mesra bersanding.
✔ Diluar sana mungkin masih ada wanita yang mencintaimu atas dasar apa yang sudah engkau punya sekarang. Bukan seperti isterimu yang selalu setia menemanimu dikala masa sulit. Jika kamu temukan wanita seperti itu maka abaikanlah. Lebih baik rawatlah apa yang sudah engkau miliki yaitu isterimu.
✔ Mungkin diluar sana masih banyak lelaki yang ingin mempunyai isteri yang baik dan mereka tidak mendapatkannya. Mungkin mereka akan menawarkan perlindungan terhadap isterimu. Maka jangan biarkan isterimu meninggalkan rumah kerana kesedihan. Kerana jika itu terjadi maka akan sulit sekali untuk kembali.
Jagalah isterimu dengan sebaik-baiknya. Karena dia adalah tulang rusukmu yang selalu setia mendampingimu. InsyaALLAH.
Ingatlah selalu dan sentiasalah berpesan bahawasanya suami isteri adalah sahabat karib sehidup semati yang akan terus berusaha dan berusaha untuk memperbaiki diri dan mempelajari isi hati masing-masing...
Wednesday, 14 September 2011
Untuk kaum lelaki bernama SUAMI & rujukan untuk kaum ISTERI – Dr. Fadhilah Kamsah
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri s eda ng makan disuruh cebok kencing nak berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan b eda l semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak s eda ngkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya
dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja
Monday, 8 August 2011
hargailah pengorbanan insan yg bernama WANITA
| Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan?"
Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan". Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin! Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari". Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?" Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata." "Untuk apa?", tanya malaikat. Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta, Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan. Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran. Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka. Allah S.W.T berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. " "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya." "Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya." "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu." "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada." "CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..." |
Sunday, 7 August 2011
pesanan wat PEROKOK tegar & x bp tegar
SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!!
Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak... akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”
Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”
Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”
Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”
(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12)
Kepada rakan2 ku yang merokok, moga kita tidak rasa tersinggung hati dengan hadis ini
sumber : facebook
Sunday, 3 April 2011
Tanda-Tanda Hati Kita Keras
Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan.
Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.
Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
01.Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan.
Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud;
"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." - [Surah At-Taubah:54]
02.Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran.
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan;
"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)
03.Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat.
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
04.Kurang mengagungkan Allah.
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
Tepuklah dada, tanyalah iman. Semoga hati kita sentiasa segar mengingati dan mensyukuri nikmat Allah yang Maha Esa
sumber:iluvislam.com
Thursday, 3 February 2011
Keliru+Buntu aku dibuatnya
Monday, 31 January 2011
Tips Nikah Kahwin
Tips yang menarik untuk dikongsi bagi mereka yang sedang mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat dan bagi mereka yang telah berkahwin :
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
Wednesday, 19 January 2011
egokah aku??
Thursday, 13 January 2011
Bagi yang sedang bercinta / jatuh hati pada seseorang tapi xmampu nak berkahwin,
1. Saya da jatuh hati kat die la… camne lak ni?
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
Surah An-Nur: 32
"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.
Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas
“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.
Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar
2. Tapi saya x cukup duit laaaa nak kawin…. Huhu
“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.
Surah An-Nur : 33
Rasulullah S.A.W bersabda :
“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.
3. Memang saya xcukup duit / xmampu nak kahwin, tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngn org lain.…
Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."
Surah Al-A’raf : 128
“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”
Surah Al-Hajj : 40
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
Surah Alam Nasyrah : 5-6
Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.
Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu..
4. Tapi saya da syok kat dia.. I can’t live without him/her..
“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
Surah An-Nur : 30
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.
Surah Al-Jatsiyah : 18
“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.
Riwayat Bukhari
5. Ala.. saya bercinta bukan slalu pon dapat jumpa dia.. dia duduk jauh.. ktorang xpenah pon berdua-duaan…
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.
Surah Al-Isra : 32
“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.
Musnad Ahmad
“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.
Riwayat Bukhari Muslim
6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia seorang je yang boleh terima saya..
“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
Surah Yasin : 36
“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.
Surah Az-Zukhruf : 12
“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.
Surah Ar-Rum : 21
7. Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up lah saya camni!
Abdullah Ibnu MAs’ud pernah berkata :
“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.
Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :
“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.
Riwayat Ibnu Majah.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”. Riwayat Abu Mansur Al-Dailami
Kesimpulan :
Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alas an untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segera lah berkahwin. Kalau x mampu? Tahanlah nafsu!
Memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang betaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!
Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI & PASTI Allah jadikan dunia tunduk pada kita.. Salafusoleh telah pun berjaya, KENAPA KITA PULA TIDAK BOLEH BERJAYA SPT MEREKA?
by Hafizul Sobrie on Friday, December 31, 2010 at 10:46amWednesday, 12 January 2011
kisah risik merisik

Majid, seorang pemuda yang masih bujang, pendiam dan amat pemalu. Pada hari raya yang lalu, Majid telah berkunjung ke rumah rakannya. Dalam perjalanan menuju ke rumah rakannya, Majid telah terpandang seorang gadis yang dikenalinya semenjak sekolah lagi. Hatinya telah terpikat, dan berhasrat untuk memperisterikannya.
Majid telah menyuarakan hajatnya kepada kedua orang tuanya, dan menunjukkan lokasi rumah gadis tersebut supaya senang kedua ibubapanya hendak pergi meminang nanti. Selepas itu, Majid pun pulang ke bandar dan meninggalkan urusan tersebut kepada orang tuanya.
Selang beberapa hari, kedua orang tua Majid telah mengunjungi rumah gadis tersebut untuk tujuan merisik. Setelah beberapa lama bersembang, bapa gadis tersebut pun bertanya kepada ibu bapa Majid…
Bapa Gadis : Yang sebenornyer, amende ke hajat aokme berdua ni datang ke rumoh kome yak buruk ni?...
Bapa Majid : Ye la.. dari tadi beborok, tak nyer kabor mender hajat yer.. Ha, moknyer.. Ace kabo ke hajat si Majid te…
Emak Majid : Gini la.. yang sebenornyer, anok bujang kome te, dah terbekenan dengan anok dara aokme.. jadinyer kome ni nok la nanyer, dah ander ke orang yang punya? Kala belum ander, kome nok la merisik-risik…
Emak Gadis : Ooo.. kesohnyer, kome ni pun tok kenei lagi dengan anok deme te… Mende kerjanyer?....
Emak Majid : Ntoh.. keh ni tk berapa reti nok nyebut base omputih.. keknye base Melayunyer.. dia kabo keje drebo jer…
Emak Gadis : Oooo.. Drebo jer..(Mencebek selalu).. Gini la.. yak sebenornyer, anok kome te.. sebenornyer, dah ander orang meminang.. (Dah setat buat pedooh…) Budok jantan te keje opisboi kat Pejabat Tanoh te…
Bapa Gadis : Ha’ah.. (Menyokong..) Kome pon mintok maah la yer, mendenyer aokme ni pon tok tau yak anok kome te dah ander yak mintok… Kiranyer takde jodoh la.. Nok goner kan yer….
Bapa Majid : Ye la.. Mengkala dah gitu, kome pon tak buleh la nok buat mende.. Mende anok kome pon tok setarah dengan anok aokme.. Nanti la kome kabo ke anok bujang kome nanti…
Emak Gadis : Ye la.. memang tok setarah lalu... Anok kome kerani pejabat loyar.. anok deme drebo..
Lalu kedua ibu bapa Majid pun memohon untuk berundur. Selesai bersalaman, sedang mereka menuruni tangga, emak gadis tersebut pun bertanya…
Emak Gadis : Drebo mende anok aok te?.. Lori Balok ke Lori Bijih…?
Emak Majid : DREBO KAPEITEREBANG!!! (Sambil masuk ke dalam kereta..)..
moral of d story: jgn la belagak sgt.. hahaha
Monday, 10 January 2011
awal pernikahan:antara realiti & fantasi
Setiap pasangan mempunyai impian tersendiri apabila mereka berkahwin
kelak. Walaupun kadang-kadang impian itu telah dinyatakan sebelum ijab kabul dilafazkan, namun realitiselepas berkahwin kelak seringnya berubah. Tidak semua yang indah-indah
seperti diimpikan sebelum berumah tangga bakal menjadi kenyataan.
Inilah yang berlaku pada pasangan Mustafa dan Atiqah (bukan nama sebenar).Di zaman gadisnya, Atiqah sering berharap untuk menjadi seorang isteri yangtaat dan sering mengukir senyuman buat suaminya. Dia yakin, dengan menjadi isteri yang solehah dan menggembirakan suami, dia sudah dapat menduduki salah satu tempat di syurga. "Tidak perlu susah-susah bagi seorang wanitamencari syurga Allah," begitulah yang kerap terlintas di hatinya.
Sebenarnya Atiqah bukanlah seorang yang kuat imannya. Dia bersembahyang kerana keluarga, rakan-rakan dan rutin. Tetapi ketika menuntut di institusi pengajian tinggi dan berkat berkawan dengan teman-teman yang kuat pegangan agamanya, Atiqah jadi terikut-ikut dengan cara hidup mereka. Dia juga mula mendekatkan diri kepada agama. Dan antaranya dia banyak mendalami
hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan.
"Jika manusia boleh menyembah manusia selain-Nya, maka aku perintahkan isteri menyembah suaminya." (Hadis diriwayatkan oleh Abu Dawud, Tirmidzi,Ibnu Majah dan Ibnu Hibbin). Ternyata Atiqah begitu senang dan berpegang kuat pada hadis ini.
Akhirnya Atiqah bertemu jodoh dengan Mustafa yang juga kuat dengan pegangan agamanya. Seperti Atiqah, Mustafa juga mengenali Islam ketika berada di kampus. Dia juga berhasrat untuk membina rumah tangga yang bahagia. Pilihannya, pasti seorang wanita solehah yang menyejukkan hati dan mata.
Jejak Rasulullah
Mustafa pernah membayangkan, alangkah bahagianya menjadi seorang suami yang kuat peribadinya dan mampu membimbing orang lain, terutama isteri dan anak-anak. Dia teringat pesan Rasulullah, "Hanya lelaki yang mulia saja akan memuliakan wanita." Lalu dia bercita-cita mengikut jejak Rasulullah yang begitu sayang dan lemah-lembut pada isteri. Tidak merasa rendah diri apabila membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.
Perkahwinan Mustafa dan Atiqah terus berlalu, hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan. Biarpun berusaha menghidupkan rumah tangga Muslim, namun kenyataan terpaksa juga dilalui. Perbezaan keperibadian,perasaan, pembawaan, selera, kegemaran, cara hidup yang terbina daripada latar belakang keluarga dan pendidikan yang berbeza, ternyata tidak mudah disatukan.
Jika sebelum berkahwin semua itu dikatakan mudah diselesaikan melalui pemahaman agama, ternyata lambat laun ada juga perselisihan. Perselisihan memang tidak dapat dielakkan dalam rumah tangga. Apa lagi, jika pasangan suami isteri tidak menyedari bahawa syaitan sentiasa berusaha untukmenjahanamkan anak Adam.
Begitulah halnya dengan perkahwinan Mustafa dan Atiqah. Segala yang dibayangkan tidak seindah realiti. Mustafa mula mengeluh. Ternyata isterinya tidak seperti yang diimpikan. Begitu juga Atiqah, mula mengeluh terhadap Mustafa yang dianggap terlalu dimanjakan oleh orang tuanya dahulu. Apa lagi,Mustafa terlalu berhati-hati dalam soal kewangan.
Atiqah mula berasa kesal kerana tidak mahu bekerja dahulu sebaik tamat kuliah. Niatnya waktu itu ialah untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada suami dan rumah tangga dan mencapai impian menjadi wanita solehah. Atiqah berasa dirinya tidak dihargai.
Sikap semula jadi Mustafa yang dingin dan tidak banyak cakap, mula dirasakan sesuatu yang menyakitkan. Manakan tidak, sepanjang hari suaminya sibuk bekerja, waktu malam banyak menghabiskan masa dengan jemaah di masjid.Begitu juga hari minggu, jarang berada di rumah kerana sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan.
Sebaliknya Mustafa pula merasakan, Atiqah tidak ikhlas dan meragui kejujurannya sebagai seorang suami. Bagi Mustafa, Atiqah tidak sepatutnya meragui kejujurannya kerana dia sentiasa jujur dan apa yang dilakukannya adalah bagi mendapat keredaan Allah. Baginya dia tidak perlu menyatakan yang dirinya seorang yang jujur dan penyayang. Dia mengharapkan pengertian
Atiqah sepenuhnya.
Tidak dinafikan, terdapat sesetengah wanita yang sibuk dengan urusan kerja sehingga gagal untuk mengimbangi peranannya di rumah. Hal ini menyebabkan suami mengeluh kerana dibebani dengan tugas-tugas rumah tangga. Dan tidak kurang juga, terdapat wanita yang apabila berkumpul bersama teman-teman sekerja, gemar menceritakan keburukan suaminya. Kerana terlalu banyakmenceritakan kekurangan suaminya sehingga terlupa untuk melihat kebaikan
dankelebihan suaminya.
Melindungi sikap
Ada juga sesetengah pasangan yang jika sebelum berkahwin, mereka sanggup melindungi sikap mereka yang sebenar dengan alasan untuk mengambil hati pasangan mereka. Tetapi setelah berkahwin, mereka gagal untuk berselindung lagi. Maklumlah, sampai bila seseorang itu sanggup 'berlakon?'
Ada suami yang sikap semula jadinya agak dingin, tidak pandai memuji dan bergurau senda dengan isteri. Apabila melihat kebaikan pada isterinya,mereka akan mendiamkan diri. Sebaliknya apabila melihat kelemahan, segera diungkit. Malah boleh dikatakan ramai lelaki yang begitu berat untukmenuturkan kata-kata maaf pada isterinya sedangkan sebelum berkahwin
tidakpula begitu keadaannya.
Memang banyak dugaan pada pasangan suami isteri dalam berumah tangga. Dan sudah menjadi sunnah kehidupan, bahawa akan berlaku pergeseran kecil dan perbezaan, sepanjang menjadi suami isteri. Itulah yang dinamakan asam garam kehidupan.
Dalam situasi begini, Mustafa dan Atiqah mempunyai kelebihan dalam menghadapi dugaan berumah tangga kerana mereka berbekalkan pemahaman agama dan sentiasa bergantung kepada keredaan Allah. Kelebihan ini mungkin tidak ada pada semua pasangan.
Ada kalanya, kita memerlukan bantuan pihak ketiga dalam menyelesaikan masalah rumah tangga, kerana 'cermin mata' yang kita pakai sudah begitu kelabu sehingga gagal melihat semua kebaikan pasangan. Mungkin pihak ketiga boleh membantu mencuci atau memperbaharui kaca mata kita supaya pandangan kita kembali jelas.
Pasangan yang bijak dan tinggi pemahaman agamanya, akan mampu untuk istiqamah dalam menjaga perkahwinan mereka dan lebih mampu menghadapi badai yang melanda. Adalah penting, sebelum berkahwin kedua-dua pasangan berjanji akan melengkapi antara satu sama lain, kerana manusia bukanlah makhluk sempurna. Manusia tidak mungkin dapat menjadi isteri atau suami yangsempurna seperti bidadari atau malaikat.
Kita harus bersedia menerima pasangan hidup seadanya, termasuk segala kekurangannya, selama ianya tidak melanggar syariat. Kita memang berasal daripada latar belakang keluarga, kebiasaan dan watak yang berbeza, yang membantu watak dan persepsi hidup tersendiri. Apabila kita menerima keadaan ini, Insya Allah kita akan mampu menghindari daripada menikah dalam ilusi kita pada hari diijabkabulkan. Tetapi sebaliknya kita sudah menikah dengan
realiti kita.
so,kesimpulan yg boley disimpulkan di sini ialah
* Jangan samakan pasangan anda seperti diri anda.
* Jangan cuba mengubah pasangan anda menjadi seperti anda.
* Apabila anda marahkan si dia, cuba cari tiga kebaikannya.
* Jangan luahkan rasa marah ketika kemarahan anda sedang memuncak.
* Jangan berasa yang diri anda sentiasa betul.
* Jangan suka memendam perasaan, luahkan!
* Sentiasa berfikiran positif.
* Ingatlah anda kini sudah berada di alam nyata (berkahwin) bukanlah lagi fantasi (sebelum berkahwin).
* Sebelum berkahwin anda boleh menutup mata terhadap kekurangannya, Kenapa tidak selepas berkahwin?
nak sgt2 tp ...
Ape korg paham ttg Quote di atas??meh aku translate ke bahasa melayu..haha.
'kadang2,kita perlulah melupakn apa yang kita nak sgt2 untuk mencari apa yg layak utk kita' ...
Betol kan..kdg2,kita terlalu sgt fokus pd sesuatu yg kita nak smpi kita lupa dan alpa pd ketentuan Nya..mmg kita xkn dpt apa yg kita nak sgt2,sbb kdg2 apa yg kita nak sgt2 tu,mungkin x diredhai oleh Nya..lalu Dia akn menggantikan dgn apa yg dirasakn layak utk kita dpt.. Dn kita sbg hamba Nya perlulah redha dgn hati yg tbuka menerima segala yg telah ditetapkn utk kita,kerana segala yg telah ditetapkn utk kita oleh Nya adalah yg terbaik utk kita.


