Showing posts with label pic. Show all posts
Showing posts with label pic. Show all posts

Friday, 17 April 2015

39 weeks pregnant

kasik belanja sket pic .....
now aku dh 39 weeks...
baby still inside my womb...
nk kuar mcm kakak rania jugak kot...
ckup 40 weeks...
huhuhu...

Semoga dipermudahkan saat kelahiran baby nanti..
Aminn...


Wednesday, 28 May 2014

Hati Seorang Perempuan


"Jagalah hati seorang perempuan. Tidak kiralah dia itu sekental pepejal atau sekeras batu-batan. Hatinya tetap lembut bak tisu menyerap kelembapan. Dia nampak kental akan pendirian, teguh keyakinan dan bersemangat penuh dengan kegigihan. Tapi, dia tetap perempuan yang bersifat lemah dan lembut."

"Berkata-katalah pada mereka, akan perkataan yang lembut dan sopan. Kerana mereka mudah terasa dan terkilan. Tersilap kata membawa dendam dan ingatan, sepanjang hidup sampailah masa dia dikapankan. Dendam bawa mati, dosa bawa musibah, dosa disoal nanti, diri membawa padah."

"Katalah pada mereka kata-kata yang baik, mereka akan menerima perlahan-lahan. Jangan memaksa, jangan menekan, mereka akan mudah tertekan. Keputusan yang dibuat bakal mengikut berasaan tanpa menggunakan akal fikiran."

"Berkatalah selembut-lembutnya, kerana hati mereka lembut bak sutera. Cantik dipakai tapi susah dijaga."

"Jagalah sepenuh hati... insyallah selamat hatinya."


10 Rahsia Tentang Hati Wanita

1. SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak menentu, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali

3. HALUS : ibarat sehelai sutera,cantik, mulus, lembut dan mudah tercabik dan koyak .Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pelajaran; Bukan DENDAM .

4. IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .

5. KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak, dan suami .WANITA amat tabah ..

6. PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam ..

7. MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA tetap seorang WANITA, suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum ...

8. EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bertemu dengan yang dicintainya .

9. CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.... bukan di khianati..

10. SEKS : seks bukanlah segala- galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1akal; NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja; LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu, fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan wanita. SUBHANALLAH .

Allah menciptakan kaum kita dengan hati yang dihiasi dengan kelembutan.
Hati yang diselaputi dengan kesabaran.
Hati yang tahan untuk disakiti.
Hati yang belajar erti taat dan setia.

Dengan kelembutan hati wanita lah yang dapat mententeramkan jiwa lelaki
yang dipanggil suami
Dengan kesabaran hati wanitalah yang dapat mendidik anak-anak hingga dewasa
Dengan hati wanita lah yang dapat menahan segala karenah anak dan suami walau disakiti
Dengan hati inilah wanita mencurahkan segala kasih sayang dan kesetiaan yang tidak
berbelah bagi kepada seorang suami.

Muslimah sekalian,
Sedarkah kita secara fitrahnya Allah 
menciptakan kita dengan hati yang kuat.
Terkadang emosi kita yang lebih 
menguasai hati membuatkan kita lupa
betapa tabah dan kuatnya hati ini.
Betapa cantik dan indahnya Allah ciptakan 
wanita itu dengan kelembutan
dan kekuatan yang ada pada kita.
Bertambah cantik lagi seorang wanita 
yang menghiasi emosi dan hatinya
dengan cinta kepada Illahi.

Wahai wanita,
Jika kita sedar betapa kuat Allah 
ciptakan kita,janganlah kita mudah
jatuh pada satu ujian yang diberiNya.
Emosi yang dianugerahkan Allah kepada kita 
adalah tanda betapa hati
wanita ini sangat peka.
Peka dengan kehendak dan hati sang suami dan anak-anak.
Bukan tanda kelemahan tetapi sebagai 
pelengkap dalam rumahtangga.

Jika kita jatuh hari ini,bangunlah.
Jangan pernah dikesalkan.
kerana
Hari ini mengajar kita tentang hari esok.
Agar pengalaman hari ini membuat kita lebih bersedia dan lebih
mengingatiNya pada perjalanan kita yang seterusnya.

Insyaallah.

Wallahualam
nukilan : akubelogislam


Tuesday, 22 April 2014

ayat makan dalam


yes... agreee ngan apa yang makcik kat atas neh tulis.....
actually x kenal pon sapa makcik neh...
tp aku setuju sgt...
makan dalam jugak la kan....

Thursday, 27 March 2014

Baby 2014

kisah dh lapuk sbb aku rs kwn2 aku neh dh abeh pantang dh pon..
tp x per la....
nk cite jugak... heheheheh.....

memula start  ngan my gewdixs fren.... erin
selamat bersalin anak lelaki 17 Februari 2014, 2.09 pm
nama diberi : Khaliff Aryan
korg boleh la baca pengalaman dia bersalin....
baca kat sini : erin 
teruja ok aku baca pengalaman dia bersalin utk second baby neh....

si abg dh tunjuk ciri2 ke'abang'an sgt

secondly, my childhood fren.. Linda
ni plak kisah bersalin dia.. klik di sini : Linda
first pengalaman dia besalin normal...
lin slamat bersalin 24 februari 2014
dpt baby girl...dh sepasang dh anak dia...
nama baby ADRA HUMAIRA BT AZLAN

tido je kan dia neh....
sonoknyer tgk kwn2 dh dpt baby...2nd baby plak tuh... rendu ms rania baby dolu2..boolattt je dia ms baby dlu...skrg mcm dh ilang kebulatan itu.. hihihi...

nmpk x ketul2 kt tgn tuh.. skrg dh xde... huhuhu 

tgk kwn2 beranak neh rs nk beranak jugak jer... huhuhu

Wednesday, 26 March 2014

Keja baru.cara baru

Sedar x sedar dh 6 bulan aku jadi EO kt JPN Pulau Pinang...
Rs kejap sgt ms berlalu... 
Pengalaman yang jauh berbeza dr keja yg lama...
Dlu aku bermain ngan nombor...wt pengiraan gaji org... Which aku rs masa tu renyah sgt...smpi satu tahap aku stress..yer la... Gaji org kan.. Kalo ko silap key in jer, mamposss kena sumpah seranah... Heheheh..xde la smpi sumpah seranah bagai....xde adab la kan kalo cenggitu... Juz org keep on tnya la..keep on call tnya psl gaji..apesal x ckup...apesal terlebey... Even kurg sekupang dua pon dh bising.. Manusia..manusia... Sabor jer la kan....

Skrg neh, aku dh x wat keja kewangan neh semua... Skrg more to HRM.. Satu bahagian yg aku rs besar la dlm JPN neh... Sektor pengurusan dan pembangunan... Unit perjawatan dan perkhidmatan.. Yang melibatkan sekolah2 di Pulau pinang neh... Hooooo...letey wooo... Lagi mencabar baq hang...
Dlu kat hospital, melibatkan staf kt hospital tuh ja.. Skrg neh melibatkan sekolah2 yg duk ada dlm 200 lebey kot..kalo x silap aku... 

So skrg neh, keja aku ialah meluluskan penyata perubahan kew 8. Korg tau ke apa tuh kew8??? Bila ada apa2 perubahan kat gaji korg,atau apa saja pergerakan korg sepanjang bekerja sbg penjawat awam neh.. kenyataan2 tu akan tertulis dlm kew8 neh la... so aku ditugaskan utk meluluskan kew8 yg disediakan oleh Pembantu Tadbir kt opis neh...


ni contoh kew 8

keja aku nih sepanjang masa kot mmg dgn kew8 neh... smpi naik muntah hijau dh aku dibuatnya... siyesly bosannn... nak nanges... huhuhu

ni salah satu situasi yg wt aku nk nanges ='(
xper la...lupakan sekejap pasal kerja... meh aku nk cita plak psl staf yg berkeja di unit aku neh.... kt unit aku, kira yg tertinggi skali Ketua Sektor, pastu Ketua Unit, Penolong Pegawai Tadbir , Ketua Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir , Pembantu Operasi... semua skali ada 40 org staf di unit neh... 

ni staff unit perjawatan dan perkhidmatan di Jpn Pulau Pinang. yg 2 dari kiri di depan dh bertuka ke Perlis.. sblh dia plak dh bersara..

ni antara anak2 buah aku... 
mmg siyesly hidup aku berubah la sejak jd Eo neh...sbb jd tempat rujukan.. aku mmg kena mahir pasal pekeliling semua.. pelan2 aku belajar nk catch up everything utk masukkan dlm kepala otak aku neh... Semoga dipermudahkan segalanya....

notakaki: aku nk mintak tukar cepat2.. nak balik duk ngan asben.. sian kat aku.. huhuh

Friday, 7 March 2014

zoo Taiping - Cameron Highland

kisah basi tahun lepas........
opis asben wat rombongan cik kiah lg sekali ke Zoo Taiping ngan Cameron Highland...
kitorg x join naik bas sbb aku kena singgah opis dlu..ada hal sket...
so x dpt gak nk join p Pasar Kemboja...

sampai Zoo Taiping around 12 tgh hari.. panas lit lit kak oiiii... memula enSuami nk ajak jalan kaki la round2 zoo tuh...mmg x la kan..lain la kalo p night safari... kami naik train je yg dh mmg tersedia kat situ...







rania..nmpk x tu binatang apa???






x byk sgt pic yg dpt capture...pastu binatang plak byk yg tido... hahhahaha.. diorg beraksi waktu mlm je kot.. kuar je kat pintu tu ada la replika2 binatang neh...Rania punya nanges takut... lawak tul la.. yg betul2 nyer binatang sonok dia tgk..skali yg patung beria nanges haaaa.....







lepas gerak dr Zoo tu kitorg cr makanan...laporrpooo kot... sbb mkn ms bekpes ja... rania plak bwk bekal kat dia..mkn roti je ms kat zoo tuh... end up singgah sopink complex kat situ..nama apa ntah...lupa p dah.. makan mcd jer... sbb nk belikan Rania bubur ayam mcd tuh.. lepas mkn trus shoot naik Cameron Highland.. kitorg sampai dlu b4 rombongan bas.. trus p Apartment yg dh dibooking tuh...

ibu, kita dh sampai yer????

spend a nite kat sini

mlm tu, kitorg kua p pasar mlm kat tanah rata.... rambang mata juga la nk pilih kaktus,,,hahhahaah...kaktus je pown... boleh??? last2 x beli pon...beli menda mkn jer...

esoknyer, siap2 nk check out.. kejap je kan..hahhaha... kata pon satu mlm jer... harus la..tp x per la..janji dpt jugak la naik p cameron highland..last pegi ms tahun 1999 kot... hahhaha... rania x smpi setahun dh sampai cameron...




first place kami pegi ladang setoberi... bestkan kalo boleh tanam sendiri... hahahaha.... ari2 petik jer..xyah nk p cameron highland...








lepas ladang setoberi, kitorg gerak ke Ladang Teh...first time la aku smpi tmpt tuh.. nice place to go...
rs nyaman jer... permandangan pon cantek....


















lepas tu, gerak ke Pejabat Mardi... diorg dh arragekan lunch kat sana... menarik gak area sana... 












next place kitorg pegi ladang lavendar... apa ntah nama dia...lopaaa... hahahaha...best bangattt...














lepas tu kitorg naik atas balik sbb aku nk beli bunga rose...hahahaha.... sbb kat ladang lavendar tuh xde bunga rose pown... then borong sayur2 gak la... murah2... hujan lebat gila... sejukkkkkk......

tu la al kisah percutian singkat kami satu family....