Wednesday, 17 July 2013
cucuk mencucuk baby
Thursday, 20 June 2013
Carta Pemakanan Bayi
Wednesday, 19 June 2013
Bulan Puasa Bakal Menjelma
Tahun lepas , Alhamdulillah aku berjaya berpuasa penuh...
Tahun neh, arap2 aku boleh puasa penuh jugak la kecuali bendera jepun dtg
since aku menyusu badan, aku x prektis lg tau...
wisau la jugak kot2 collapes ke apa...
sbb kalo aku skrg neh , manjang dahaga... x pon, kejap2 aku lapar..
arap2 aku mampu bertahan menjalankan kewajipan sebagai Umat Nabi Muhammad
disamping meneruskan syariat yg Allah tetapkan iaitu menyusukan Rania...
so, aku pon gugel2 la cr tips2 bg ibu menyusu di bulan Ramadhan...
yg aku jumpa di PA&MA
Meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat.
Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang menjalani ibadah puasa. Apa yang penting ialah anda perlu kekal berfikiran positif, terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan pada masa yang sama memastikan diri mengamalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.
Dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Oleh yang demikian, ambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dengan memastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa.
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.
![]() |
| Babab budak neh kang |
Tuesday, 13 December 2011
PESANAN buat anak perempuan bakal berkahwin
Anakku..
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan.
Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.
Itulah suamimu.
Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.
Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan tiangmu.Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya, nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.
Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya dengan cara yang demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.
Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau.Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu, maka yang eloknya jauhkanlah dirimu dari padanya semasa marah.
Peliharalah hidung, telinga dan matanya. Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripada mu melainkan yang harum,janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik, belaka.
[Pesanan Imam Al-Ghazali kepada anak perempuannya di hari perkahwinannya]
Wednesday, 14 September 2011
Untuk kaum lelaki bernama SUAMI & rujukan untuk kaum ISTERI – Dr. Fadhilah Kamsah
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri s eda ng makan disuruh cebok kencing nak berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan b eda l semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak s eda ngkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya
dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja
Thursday, 14 July 2011
testimonial pengguna VCO
Apetah lagi, 10 hari before majlis, muka aku kena minyak panas... agak terukla kat bahagian bawah hidung..jadi berparut... Sampai nangis-nangis bukan sebab sakit, tapi risau muka aku berparut..dah lah nak kawen kan, tetiba je muka jadi teruk macam tu..
Macam-macam pencuci muka aku try untuk hilangkan jerawat, pakai cream parut dengan gigihnya... Dan aku juga stop pakai cream muka and makeup..kalau keluar pakai bedak debu aje.. memang rasa rendah diri gila la masa tuh..hari-hari duk pikir pasal muka.
Aku dah lama tahu pasal VCO Softgel Catalyst nie, tapi takut nak mencuba..Takut jadi lebih teruk sebab before this dah macam macam produk yang aku cuba termasukla VCO dari sebuah syarikat lain. Tapi lepas buat research , aku tengok tak ada pun yang memberikan testimoni negatif pasal VCO Catalyst, so aku nekad la cuba.
Semua gambar yang aku letak memang tak de edit-edit ke ape...Ori punya muka..Cuma edit tambah frame tu je...hehehe...
Aku akui VCO Softgel Catalyst agak lambat berkesan untuk aku..yela, lain orang lain cara keberkesanan dia, ye tak??? Lagipun memang patutla dah tengok rupa aku dengan jerawat tebal-tebal tu.. Sekarang nie cuma tinggal parut sikit-sikit lagi..Bukan senang nak hilang kan..tapi aku akan terus guna produk nie sampai cantik berseri-seri bak Puteri Gunung Ledang..hahha..tetibe!
After guna VCO Softgel Catalyst selama sebulan bersamaan 2 botol..sebab aku makan dan pakai, cepatla abes..then aku decide to try another Catalyst produk .. Catalyst Collagen..Ternyata Collagen lebih cepat bertindak.. Dalam masa seminggu aku dah nampak kesan-kesan yang aku harapkan...
Conclusion, VCO Softgel and Collagen Catalyst membuatkan : -
Ramai yang tegur muka aku dah tak de jerawat after kawen..sebenarnya rahsianya adalah VCO Softgel & Collagen Catalyst... Thank You Catalyst kerana telah mengembalikan keyakinan diri aku!
SO,korg bile laei nk try????
emel me @ cendalila4743@gmail.com
crt to IenaFazlyna:
Tuesday, 12 July 2011
jgn minat LADY GAGA ok!

Ha, Tahukan anda bukan sekadar lagu judas jer syirik. Tapi juga lagu alejandro. Lirik lagu alejandro menganggap tuhan aka Allah sebagai penghalang untuk dia bercinta. MasyaAllah. Ingat la kawan-kawan tiada Allah tiada segala percintaan ok. Lady gaga adalah Dajal sebenar yang kita tunggu. Sanggupkan anda membiarkan anak-anak & kaum keluarga hanyut dengan lirik-lirik lagu yang banyak menghina Islam & Allah?? Budak-budak sekarang pandai nyanyi jerk. Tapi maksud lirik mereka tidak paham sama sekali. Pandai yahudi serang kita guna lagu-lagu pulak..
Antara lagu lagu yang syirik : -
Judas - Lady gaga
Born this way - Lady gaga
Alenjandro - Lady gaga
London brige - Fergie ( Mengisahkan pelacur-pelacur di london )
Monday, 20 June 2011
andai mahu menerima cinta adam..

Andai Mahu Mencari Hawa

Wednesday, 1 June 2011
Friday, 27 May 2011
Apa Khabar Jodoh ku
Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.
Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku, sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.
Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.
Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku..
Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.
.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.
Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.
Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.
Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.
Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.
Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.
Jodohku..
Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.
Jodohku..
Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.
Sumber Grafik: Uccia Photography
Sumber Asal: Paradigma MUKMIN







